Kecanggihan teknologi kini, bukan
sahaja memberi manfaat kepada manusia dalam memudahkan untuk mendapatkan
maklumat (teknologi informasi) tetapi turut dimanfaatkan sebagai medium
kesinambungan komunikasi terutama dalam hubungan jarak jauh (teknologi
komunikasi). Perkembangan dalam dunia teknologi komunikasi dan informasi inilah
yang membawa masyarakat ke dunia global secara langsung (exposure) dihubungkan
dengan media menjadikan masyarakat berganjak kepada satu fasa baharu iaitu
masyarakat informasi (information society). Oleh kerana itu,
sesebuah negara yang mengamalkan ‘dasar pintu tertutup’ di anggap sebagai
sebuah negara yang tidak maju atau negara yang tertinggal terkebelakang
kerana masyarakatnya tidak dapat mengikuti arus perkembangan dunia teknologi
sekaligus menjadi kekangan kepada masyarakat negara tersebut untuk mendapat
maklumat secara meluas sebagaimana yang dicapai oleh kelompok masyarakat
informasi dari negara-negara yang maju membangun.
Walaupun anjakan paradigma telah
berlaku dalam masyarakat dengan menjadikan mereka sebagai masyarakat
berinformasi secara globalisasi seiring dengan teknologi komunikasi, tetapi
disebalik kemajuan teknologi itu telah membentuk kelompok masyarakat sosial
kepada kelompok masyarakat bersifat individualistik. Apakah yang dimaksudkan
dengan masyarakat bersifat individualistik? Baiklah, saya bawa pembaca kepada
bayangan linkungan situasi yang sering berlaku di sekeliling kita.
Jika dilihat pada mata kasarnya,
masyarakat kini dipandang sebagai kelompok yang berpengetahuan kerana titik
kuasa capaian ilmu berada pada hujung jari mereka tetapi kuasa capaian tersebut
jugalah yang telah membina satu benteng diri mereka dengan orang sekeliling.
Jadi disini, apa yang ingin saya sampaikan, ianya bukanlah sesuatu yang
menghairankan jika kita melihat pada masa ini tidak kira dimana, masyarakat
lebih gemar duduk membisu dengan hanya memberi tumpuan utama pada gadjet
canggih yang dimiliki. Dengan adanya gadjet serba canggih tersebut, mereka
menganggap bahawa mereka sudah berada pada zon selesa dan sudah cukup bersosial
walhal, sosial itu sendiri memerlukan komunikasi secara langsung antara satu
sama lain. Dalam erti kata yang mudah, masyarakat sekarang lebih gemar
melakukan aktiviti secara perseorangan tanpa mahu terlibat dengan aktiviti
sosial secara berkumpulan. Walaupun, mereka berada di keramaian seperti pesta
atau berkumpul bagi tujuan mesyuarat, tumpuan utama mereka tetap pada gadjet di
tangan kerana ketandusan idea untuk berkomunikasi secara dua muka. Nah, itulah
dikatakan titik kuasa yang bukan hanya mampu mencapai kemahuan pencari
pengguna, tetapi berkuasa menarik pemikiran pengguna untuk hilang tumpuan pada
perkara lain!
Apabila individu lebih selesa dalam zon persendirian, ini secara
perlahan ataupun semula jadi (jika dipupuk sejak anak kecil oleh ibu bapa
dengan dunia teknologi sebegitu) seterusnya akan mengikis kemahiran
komunikasi-sosial individu berkenaan. Impak dari revolusinya teknologi
komunikasi ini seringkali mendatangkan satu permasalahan kecil kepada
permasalahan besar. Bagaimana ianya boleh berlaku? Secara jelasnya, kita boleh
melihat bagaimana golongan seawal usia kanak-kanak sudah dihidangkan dengan
gadjet canggih sebagai hadiah permainan mereka. Seterusnya, mereka dibiasakan
untuk meluangkan masa dengan gadjet tersebut bermula dengan salam perkenalan
dari dunia permainan video berterusan dengan penjelajahan dunia internet yang
membawa mereka kepada cara bersosial di laman media baru seperti facebook,
wechat, dan twitter contohnya. Kurangnya pergaulan mereka dengan orang
sekeliling telah membantutkan proses kemahiran komunikasi dan pergaulan mereka
natijahnya, mereka hanya mampu dilihat petah dan mesra atau bijak dilaman
sosial tetapi tidak pada personality sebenar diri mereka. Kekurangan inilah
yang akan membawa permasalahan besar kepada diri mereka terutama jika keadaan
mendesak mereka untuk beraih daripada zon selesa atau persendirian kepada
pergaulan secara meluas sama ada ketika melanjutkan pelajaran di university
mahupun ketika bekerja. Seterusnya, kekurangan ini juga akhirnya membawa kepada
kurangnya rasa yakin terhadap diri sendiri.
Adakah kemajuan teknologi pada masa kini hanya membawa impak yang negatif semata?mohon pencerahan...hal ini kerana, bagi saya pada zaman teknologi yang semakin canggih ini amat membantu dalam perkembangan masyarakat
BalasPadampkmbgn tknologi smmgnya pnting dlm khdpn hri ini. kita akn dianggapp ketinggalan jika kita tdk mngikuti prkmbgnnya yg blku. namun, tk dinafikn jgk ad sglintir msyrkt yg mnylhgunaknnya..
Padampada pendapat saya, adakalanya kemajuan teknologi ini mampu mempengaruhi tingkahlaku seseorang individu tersebut terhadap keadaan persekitarannya. Namun tidak dinafikan adalakanya kemajuan ini disalahgunakan oleh sesetengah pihak, pada pandangan anda seawal usia manakah pendedahan teknologi ini harus di dedahkan kepada masyarakat?
BalasPadamjujurnya saudari pada pandangan saya, pendedahan teknologi ini kepada generasi baru pada usia kanak-kanak adalah lebih merisikokan mereka untuk cenderung kepada perkembangan kelompok individu (bukan sosialiti-masyarakat). sebaliknya, berilah keizinan kepada anak-anak dalam menggunakan teknologi ketika mereka sudah meningkat remaja tetapi masih dalam pengawasan ibu bapa dan tetap meletakkan had masa kepada mereka.
Padamsaya rasa bagus ada blog begini tp ada sedikit kekeliruan macm mna dikatakan masyarakat akan terpisah antara satu masyarakat dengan satu masyarakat dengan kewujudan gajet. bukan kah lebih mengeratkan hubungan yang jauh.
BalasPadamBayangkan seperti ini:
Padam"Yang jauh didekatkan, manakala yang dekat semakin dijauhi."
Ayat diatas bermaksud teknologi mampu membuatkan kita untuk berinteraksi dengan masyarakat lain, namun pada masa yang sama, individu terlupa bahawa interaksi secara dekat semakin berkurangan.
Pada realitinya individualistik sebaliknya di atas talian kolektivistik. :)
Saya amat setuju dengan @ringkai jewel, kerana kita dapat lihat dari situasi sebenar yang berlaku sekarang, situasi ini sering dilihat apabila kita bersama sama rakan kita ingin meluangkan masa bersama seperti makan bersama sekaligus ingin bersua muka ingin mengetahui perkhabaran sepanjang ketiadaan bersama..Pada mulanya, mungkin bertegur sapa seperti biasa, namun selang beberapa minit, setiap seorang akan sibuk menyemak dan mengemaskini status dan upload gambar di sosial media..sekali gus perjumpaan tersebut menjadi suram dan membentuk sifat individualistik atau 'anti-sosial' kononnya.
Padamada kalanya ia juga merupakn punca utama wjudnya sesebuah prkenalan.. tak dinafikn bhwa ia merenggangkn si pngguna dgn org yg dekat, tp itu semua pilihan..kita sndri yg tntukn :)
Padampada pendapat saya,ianya adalah platfom untuk kita berkomunikasi secara dekat terutamanya sekiranya kita berjauhan dengan keluarga dan sahabat andai. Namun begitu yang meyebabkan ianya dikatakan boleh memisahkan apabila terdapat segolongan masyarakat yang terlalu taksub akan kecanggihan sehingga menjadikan kecanggihan ini pilihan utama untuk mereka memulakan komunikasi bukannya berinteraksi secara lisan.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPada pendapat saya, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak mereka supaya tidak leka dengan gadjet2 serba canggih ini.. ibu bapa seharusnya memberi pengetahuan kepada anak-anak bahawa teknologi komunikasi mempunyai pro dan contra yang tersendiri.. Bagaimanakah caranya supaya kita tidak terlampau bergantung atau leka terhadap gadjet2 tersebut? Sebenarnya jawapan ada pada diri kita.. Oleh itu, tepuk dada tanyalah selera..
BalasPadamNamun pada hakikatnya adalah disebaliknya. Boleh dilihat dengan mudah penyalahgunaan teknologi komunikasi diperingkat awal iaitu ibubapa pada masa sekarang terlalu leka untuk membiarkan anak-anak mereka untuk terdedah kepada teknologi canggih. Ianya bukanlah salah untuk mendedahkan kemudahan tersebut namun tanpa kawalan, ianya akan menyebabkan kesan buruk seperti individualistik itu berlaku. :)
Padamdalam era yang moden ini, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka semakin mencabar. Ibu bapa perlu bijak mengalih perhatian anak-anak daripada terus lalai dengan media baru yang semakin popular.
PadamSetuju. Walaupun teknologi membawa perubahan yang drastik dalam sejarah hidup manusia, namun jika tidak digunakan dengan betul, maka pengguna itu sendiri akan menghadapi kesan yang negatif
BalasPadamTanpa teknologi komunikasi yang canggih maka corak interaksi pada masa kini berkemungkinan terhad.
BalasPadamYa, teknologi komunikasi yang canggih mampu membawa kesan negatif kepada individu sekiranya disalahgunakan baik secara mental atau fizikal. Namun ini tidaklah bererti kita harus menolak kemudahan tersebut kerana sekiranya kemudahan tersebut ditolak maka tidak ubahlah kita seperti seekor katak dibawah tempurung.
Kecanggihan teknologi komunikasi yang ada pada masa kini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan interaksi antara manusia dan bukannya untuk mengehadkan interaksi tersebut. Faktor individu amatlah memainkan peranan yang penting dalam menggunakan teknologi komunikasi tersebut. Sekiranya individu tersebut bijak menggunakan teknologi komunikasi dengan baik maka ianya akan membantu mempermudahkan interaksi namun bukanlah bermakna untuk membiarkan seseorang menjadi pasif dalam interaksi secara realiti.
Individualistik yang berlaku pada masa kini disebabkan oleh teknologi komunikasi bukanlah hanya disebabkan oleh teknologi itu sendiri namun ianya berpunca daripada individu itu sendiri. Terdapat sesetengah individu yang mahir berinteraksi secara realiti dan juga atas talian dan ada juga yang pasif di realiti namun aktif di atas talian menjadikan teknologi komunikasi itu amatlah penting untuk dibiarkan begitu sahaja. Sifat individualistik yang berlaku disebabkan oleh teknologi komunikasi mampu untuk ditangani sekiranya pendedahan dan kesedaran penggunaan teknologi komunikasi didedahkan dari peringkat awal.
Salah satu punca individualistik yang disebabkan oleh teknologi komunikasi pada masa kini mampu dilihat dalam keluarga yang membiarkan anak-anak mereka didedahkan kepada penggunaan gajet tanpa kawalan dan kurangnya didikan pendedahan secara individu kepada masyarakat melalui pergaulan dan interaksi secara berdepan menjadikan sifat individualistik semakin berleluasa.
Pada pendapat saya, individu yang menolak kemajuan teknologi komunikasi amatlah menyedihkan namun sekiranya individu memanipulasikan yakni menyalahgunakan kemudahan tersebut, maka teramatlah merugikan. Maka, manfaatkanlah kemudahan bukannya kemudahan yang memanfaatkan kita. :)
Kemajuan teknologi semangnya memberi impak positif dan negatif kepada individu, masyarakat serta sesebuah organisasi, jika dilihat dari sudut positif sememangnya benar bahawa kemajuan teknologi mampu memudahkan segala urusan dan tugasan, memberi informasi serta maklumat dan memudahkan komunikasi setiap individu. Namun, tidak dapat dinafikan juga teknologi komunikasi ini memberi impak negatif seperti mendorong seseorang itu bersikap individualistik kerana terlalu taksub dengan teknologi seperti gajet- gajet contohnya telefon pintar. Tidak mustahil pada masa sekarang, individu lebih suka menyendiri dan asyik bermain dengan telefon pintar mereka dengan mengunakan dan mengakses sesuatu aplikasi atau perkara lain .
BalasPadam