Pada masa sekarang, teknologi
komunikasi semakin pesat berkembang dan juga canggih. Dengan adanya internet,
media menjadi lebih maju berbanding dengan media sebelumnya.
Media baru mendatangkan pelbagai
manfaat kepada setiap pengguna tidak kira muda atau tua dan jauh atau dekat.
Media baru memudahkan lagi interaksi manusia jika dibandingkan dengan media
yang lama kerana didatangkan dengan pelbagai aplikasi-aplikasi yang menarik,
pantas dan juga efektif.
Masyarakat pada masa sekarang lebih
tertumpu kepada media baru berbanding dengan media lama. Dengan kebolehan media
baru, telah memberikan peluang untuk setiap individu mengekspresikan diri tanpa
sempadan menjadikan mereka seronok menikmati kemudahan tersebut.
Namun, masyarakat lupa bahawa dengan
semakin canggihnya teknologi komunikasi pada masa kini mampu menyebabkan mereka
terdedah kepada ancaman atau bahaya tanpa disedari. Ruang privasi individu juga
mampu tergugat sekiranya mereka tanpa kawalan menggunakan aplikasi di media
baru.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk
menangani masalah yang disebabkan oleh media baru? Apakah pengguna tahu bahawa
semakin mereka aktif bersama media baru semakin mereka terdedah kepada dunia
luar? Apakah individu pada masa sekarang mempunyai privasi mereka yang
tersendiri?
Persoalan berikut bukanlah hanya
menyatakan keburukan mengenai media baru, namun ianya hanyalah sekadar
peringatan bahawa setiap perkara yang dilakukan mempunyai risikonya ynag tersendiri,
baik buruk itu semunya terpulang kepada individu itu sendiri dalam menggunakan
atau memanfaatkan aplikasi media baru. Bak kata pepatah 'sesal dahulu
pendapatan , sesal kemudian tidak berguna'. Janganlah sudah terhantuk baru
tergadah, sudah menjadi 'mangsa' media baru, barulah nak tersedar. Sekiranya
begitu, maka sudah terlambatlah jadinya.