Khamis, 10 Mac 2016

Media Baru: Apakah Anda Selamat?

Pada masa sekarang, teknologi komunikasi semakin pesat berkembang dan juga canggih. Dengan adanya internet, media menjadi lebih maju berbanding dengan media sebelumnya.

Media baru mendatangkan pelbagai manfaat kepada setiap pengguna tidak kira muda atau tua dan jauh atau dekat. Media baru memudahkan lagi interaksi manusia jika dibandingkan dengan media yang lama kerana didatangkan dengan pelbagai aplikasi-aplikasi yang menarik, pantas dan juga efektif. 

Masyarakat pada masa sekarang lebih tertumpu kepada media baru berbanding dengan media lama. Dengan kebolehan media baru, telah memberikan peluang untuk setiap individu mengekspresikan diri tanpa sempadan menjadikan mereka seronok menikmati kemudahan tersebut. 

Namun, masyarakat lupa bahawa dengan semakin canggihnya teknologi komunikasi pada masa kini mampu menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman atau bahaya tanpa disedari. Ruang privasi individu juga mampu tergugat sekiranya mereka tanpa kawalan menggunakan aplikasi di media baru.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menangani masalah yang disebabkan oleh media baru? Apakah pengguna tahu bahawa semakin mereka aktif bersama media baru semakin mereka terdedah kepada dunia luar? Apakah individu pada masa sekarang mempunyai privasi mereka yang tersendiri? 

Persoalan berikut bukanlah hanya menyatakan keburukan mengenai media baru, namun ianya hanyalah sekadar peringatan bahawa setiap perkara yang dilakukan mempunyai risikonya ynag tersendiri, baik buruk itu semunya terpulang kepada individu itu sendiri dalam menggunakan atau memanfaatkan aplikasi media baru. Bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna'. Janganlah sudah terhantuk baru tergadah, sudah menjadi 'mangsa' media baru, barulah nak tersedar. Sekiranya begitu, maka sudah terlambatlah jadinya.

8 ulasan:

  1. Pada pandagan saya, masalah ini sukar untuk diatasi terutamanya bagi dunia masa kini.Namun apa yanh boleh kita lakukan ialah megawal tingkah laku kita sendiri telebih dahulu agar setiap tindakan itu dapat memberi implikasi yang baik terhadap diri kita dan keluarga terutamanya.

    BalasPadam
  2. Bagi saya risiko bahaya atau yang memudarat seseorang disebabkan oleh media baru boleh dielakkan oleh setiap pengguna. Hal ini disebabkan kita bertanggungjawab atas setiap perlakuan tidak Kira baik atau buruk. Sekiranya kita tidak mendedahkan maklumat diri secara terbuka risiko bahaya tidak akan wujud.

    BalasPadam
  3. Kemunculan media baru seperti media sosial umpamanya, dilihat memberi perubahan yang besar kepada corak komunikasi masa kini. Dan ya, individu kini seperti tidak mempunyai ‘privasi’ mereka sendiri apabila mereka lebih suka ‘mendedahkan’ apa sahaja yang dilakukan oleh mereka di media sosial. Persoalan utama yang berlegar-legar di kotak pemikiran saya, adakah media baru ini, memberi kesan yang baik kepada pengguna, atau hanya mendatangkan lebih banyak mudarat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. isu ini sering menjadi persoalan sama ada media baru membawa kebaikan atau keburukan kepada individu, masyarakat dan negara. Terdapat banyak kebaikan yang kita dapat daripada media baru ini tetapi jika disalah gunakan membawa kepada keburukan. Hal ini bermula dari diri kita sendiri.

      Padam
    2. ye, betul. tidak dinafikan dan tidak juga di iyakan akan keburukan serta kebaikan tersebut. cuma, jika di selidiki kembali analisis berkenaan penggunaan media baru ini, terdapat beberapa perbezaan manfaat berdasarkan kelompok kelas atau umur pengguna.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. pada pendapat saya,sebagai pengguna media baru, kita perlu bijak untuk mengendalikan media baru yang digunakan. sebagai contoh, tidak seharusnya kita terlalu mendedahkan maklumat peribadi di media baru kerana ianya boleh membahayakan keselamatan individu itu sendiri. oleh itu, amatlah penting bagi pengguna untuk berhati-hati dalam menggunakan media baru yang serba canggih ini.

    BalasPadam
  6. Mungkin kita boleh renungkan kembali fungsi utama teknologi kini (media baru) dalam sistem masyarakat dan sosialiti pengguna.

    BalasPadam