Kemajuan teknologi banyak menyumbang kepada wartawan-wartawan tempatan mahupun luar negara untuk membuat laporan berita sama ada secara online mahupun bercetak. Kemajuan teknologi ini menjadikan para penulis berita “journalist” membuat laporan dengan mudah dan cepat.
Dunia hari ini sedang dilanda “kegilaan”
faktor kemunculan teknologi maklumat tanpa mengira fahaman politik, mahupun
faktor agama. Konsep globalisasi menjadikan dunia yang dipisahkan oleh lautan
dan jarak yang jauh menjadikan manusia seluruh dunia menjadi lebih dekat. Perkembangan
dan perubahan yang berlaku dalam industri kewartawanan di negara ini mempunyai
pertalian yang sangat rapat dengan perkembangan teknologi hari ini.
Perkembangan yang paling ketara adalah dapat dilihat dalam profesion ini adalah industri kewartawanan yang mengembangkan sayapnya dengan mewujudkan akhbar dalam talian. Malaysia kini merupakan akhbar dalam talian yang pertama diwujudkan. Sehingga hari ini, bidang kewartawanan menghadapi perkembangan yang pesat. Misalnya dalam pemerintahan dato seri najib, media kini telah masuk era globalisasi yang perlu berhadapan dengan lebih banyak cabaran. Perkembangan media yang berlaku hari ini membuatkan kerajaan lebih bersifat terbuka dalam mengawal akhbar.
Namun persoalan yang timbul di
benak masyarakat kini adakah sumber berita yang ditulis adalah adakah benar dan
sahih akan maklumat yang di tulisnya. Persoalan ini sudah lama timbul kepada
semua wartawan penulisan terutama mereka yang menulis berita dalam atas talian
ini. Keadaan ini menyukarkan pembaca untuk mentafsir sendiri akan kesahihan
berita yang ditulis oleh golongan wartawan bebas ini. Mereka akan menulis apa
sahaja yang muncul di benak hati mereka berdasarkan pemerhatian mereka dalam
kalangan sosial masa kini. Namun ada yang berpendapat bahawa kadang kala mereka
ini boleh di jadikan sebagai pemerhati “watchdog” dalam kalangan masyarakat
yang penuh dengan tren masa kini.
Persoalan ini hanya pembaca
sahaja dapat mentafsir sendiri akan benar sama ada berita yang di tulis oleh
golongan wartawan ini benar atau pun tidak.