Rabu, 23 Mac 2016

Journalist dan Media Baharu

       



Kemajuan teknologi banyak menyumbang kepada wartawan-wartawan tempatan mahupun luar negara untuk membuat laporan berita sama ada secara online mahupun bercetak. Kemajuan teknologi ini menjadikan para penulis berita “journalist”  membuat laporan dengan mudah dan cepat.


Dunia hari ini sedang dilanda “kegilaan” faktor kemunculan teknologi maklumat tanpa mengira fahaman politik, mahupun faktor agama. Konsep globalisasi menjadikan dunia yang dipisahkan oleh lautan dan jarak yang jauh menjadikan manusia seluruh dunia menjadi lebih dekat. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam industri kewartawanan di negara ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan perkembangan teknologi hari ini.


Perkembangan yang paling ketara adalah dapat dilihat dalam profesion ini adalah industri kewartawanan yang mengembangkan sayapnya dengan mewujudkan akhbar dalam talian. Malaysia kini merupakan akhbar dalam talian yang pertama diwujudkan. Sehingga hari ini, bidang kewartawanan menghadapi perkembangan yang pesat. Misalnya dalam pemerintahan dato seri najib, media kini telah masuk era globalisasi yang perlu berhadapan dengan lebih banyak cabaran. Perkembangan media yang berlaku hari ini membuatkan kerajaan lebih bersifat terbuka dalam mengawal akhbar.


  
Namun persoalan yang timbul di benak masyarakat kini adakah sumber berita yang ditulis adalah adakah benar dan sahih akan maklumat yang di tulisnya. Persoalan ini sudah lama timbul kepada semua wartawan penulisan terutama mereka yang menulis berita dalam atas talian ini. Keadaan ini menyukarkan pembaca untuk mentafsir sendiri akan kesahihan berita yang ditulis oleh golongan wartawan bebas ini. Mereka akan menulis apa sahaja yang muncul di benak hati mereka berdasarkan pemerhatian mereka dalam kalangan sosial masa kini. Namun ada yang berpendapat bahawa kadang kala mereka ini boleh di jadikan sebagai pemerhati “watchdog” dalam kalangan masyarakat yang penuh dengan tren masa kini.



Persoalan ini hanya pembaca sahaja dapat mentafsir sendiri akan benar sama ada berita yang di tulis oleh golongan wartawan ini benar atau pun tidak.

9 ulasan:

  1. Peranan media dalam melaporkan peristiwa atau maklumat lebih komprehensif pada pembaca. Sebuah berita di era digital tidak hanya terdiri dari teks dan foto, tapi juga tautan ke semua peristiwa sebelumnya. Dengan satu klik, pembaca dibawa ke "harta karun informasi digital yang dapat menjelaskan sejarah, kronologi dan konteks dari peristiwa yang tengah diberitakan. Peranan ini tentu sahaja tidak dimiliki oleh media cetak. Justeru itu, wartawan mestilah bijak dalam menggunakan teknologi yang ada bagi menyampaikan maklumat. Tidak dinafikan sekarang terdapat sumber berita yang kurang sahih kerana terdapat ramai wartawan segera yang cuba untuk menyampaikan maklumat hanya untuk meraih publisiti atau untuk menjadikan page mereka popular. Terpulang kepada setiap individu unutk mempercayai atau sebaliknya. Bagi saya, membaca dan mendengar boleh tapi jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada berita tersebut.

    BalasPadam
  2. saya bersetuju dengan pendapat saudadari kita boleh terima berita yang di tulis tetapi perlu berfikir dan menganalisis sendiri berita itu sama ada betul atau pun tidak

    BalasPadam
  3. saya bersetuju dengan pendapat saudadari kita boleh terima berita yang di tulis tetapi perlu berfikir dan menganalisis sendiri berita itu sama ada betul atau pun tidak

    BalasPadam
  4. Pada pendapat saya, dunia kewartawanan di malaysia tidak mempunyai kebebasan dalam penulisan. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pihak yang mengawal mereka dan setiap berita yang di keluarkan haruslah tidak menjatuhkan reputasi individu tersebut.

    BalasPadam
  5. Berita itu dpercayai atau pun tidak adalah terpulang kepada individu pembaca tersebut. Kita tidak boleh mengatakan bahawa berita yang dihasilkan oleh pihak wartawan adalah salah kerana mereka terlebih dahulu berada di tempat kejadian dan juga berita tersebut telah melalui beberapa pemeriksaan oleh editor mereka.
    Pembaca juga tidak harus hanya bergantung kepada satu sumber untuk mendapatkan berita yang padat dan tepat kerana kesilapan sealalu berlaku. Sekiranya berita tersebut ditulis oleh individu yang tidak bertauliah sebagai wartawan maka berita tersebut boleh diragui dan pembaca tidak harus percaya bulat-bulat.
    dengan adanya media baru, pembaca boleh mendapatkan lebih pelbagai berita dan sumber dan tidak hanya bergantung kepada satu sumber sahaja. Namun pihak pembaca haruslah tahu berita mana yang tepat dan terkini dan bukanlah mendapat sumber daripada individu atau wartawan bebas yang tidak bertauliah.

    BalasPadam
  6. pada pendapat saya, sudah menjadi tugas atau tanggungjawab wartawan untuk menulis berita tentang sesuatu isu untuk dibaca oleh masyarakat. Walaubagaimanapun, wartawan yang berdedikasi seharusnya memegang kuat pada etika kewartawanan semasa menulis berita tersebut. Namun begitu, ianya terpulang kepada individu tersebut untuk mempercayai sejauh mana kesahihan berita yang diterbitkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari. Wartawan yang berdedikasi seharusnya melaporkan perkara yang sahih, dan tanpa tokok tambah. Bagi pihak individu pula, mereka tidak seharusnya percaya secara membabi buta. Jika boleh, mereka harus rujuk dengan pelbagai sumber. Dari situ, barulah mereka boleh membuat keputusan untuk mempercayai laporan yang dibaca.

      Padam
    2. saya setuju anda, seorang wartawan perlu ada kredibiti tersendiri supaya mudah utk orang mempercayai berita yang disampaikan.

      Padam
  7. akan tetapi, wartawan itu sendiri dalam dilema menghasilkan penulisan berita mereka. hendak disampaikan seratus peratus perkara sebenar, risau akan menjejaskan karier mereka jika penulisan itu melibatkan pihak berkuasa.

    oleh itu, pembaca harus bijak dalam menilai perkara sebenar bukan terus meletakkan kepercayaan sepenuhnya tetapi menilai sendiri sesuatu isu tersebut dengan rasionaliti

    BalasPadam