Khamis, 24 Mac 2016

Wartawan vs Media Baru

Kewartawanan merupakan suatu bidang yang dilihat dapat menjanjikan suatu cabaran yang besar terutama bagi pengamalnya. Kehadiran lebih banyak media baru yang semakin berkembang dan meningkat jumlahnya dari semasa ke semasa memperlihatkan betapa terancamnya bidang ini. Perkembangan dalam industri ini sedikit sebanyak telah mengubah pandangan dan persepsi masyarakat yang sesetengahnya memandang negatif peranan wartawan. Apabila diperhatikan, bidang kewartawanan ini bukan sekadar menyampaikan maklumat semata-mata malahan menjadi wadah ilmu dalam menggerakkan pemikiran dan tindakan komuniti masyarakat dalam memupuk kemajuan.

Media baru dan wartawan pada hari ini saling tidak bergantung antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak lagi menjadikan wartawan sebagai orang tengah untuk menyampaikan maklumat kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa perana media baru lebih penting berbanding wartawan. Sememangnya dunia kewartawanan sungguh mencabar akibat terlalu banyak kecanggihan teknologi baru seperti internet.
Media baru telah membina kedudukan yang sangat kuat dalam menyampaikan maklumat melalui media yang cepat dan mudah. Selain itu, lebih terbuka dan berkesan kerana lebih bebas berbanding media lama yang masih terkongkong.  Berita daripada kewartawan akhbar telah mengalami penurunan dari edaran naskah bercetak ekoran kewujudan media baru serta pembaca beralih arah kepada berita online. Aliran maklumat menerusi internet sudah semakin berkembang dan mengubah corak  aliran penghantaran dan pengaliran maklumat. Media baru memberi pengaruh yang sangat besar kepada masayarakat untuk mendapatkan maklumat dan isu-isu semasa yang berlaku. 

Justeru itu, gabungan kreativiti dan cetusan pelbagai idea yang baik dalam penulisan mampu membangkitkan emosi dan perasaan yang seterusnya memimpin pembaca untuk bertindak dalam agenda yang dibawanya. Lebih-lebih lagi di dunia serba moden dan canggih ini, wartawan dapat mengutarakan serta mengetengahkan idea mahupun pandangan melalui pelbagai saluran yang lebih dekat dengan audiens. Misalnya, rata-rata masyarakat hari ini lebih gemar mengakses internet untuk mendapatkan maklumat dan berita semasa disebabkan capaian yang lebih mudah, cepat dan berkesan. Ianya menjadi platform bagi wartawan hari ini merebut peluang dan menggunakan ruang yang ada dalam menyampaikan apa sahaja maklumat yang berpotensi mempengaruhi serta mengubah sikap pembaca


7 ulasan:

  1. dengan munculnya media baharu ini saya berpendapat masyarakat tidak lagi perlu menunggu uantuk mendapatkan berita yang baharu hanya perlu klik sahaja pada telifon pintar untuk mendapatkan berita2 terkini lagi cepat dan mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kurang bersetuju dengan pendapat saudara Asmawi. pada pendapat saya, kita tidak seharusnya percaya 100% pada berita yang diterbitkan melalui media baharu. hal ini demikian kerana kita tidak tahu sejauh mana kesahihan berita tersebut. ianya benar amat mudah dan cepat bagi masyarakat untuk mendapatkan berita terkini, akan tetapi dikhuatiri berlakunya perkongsian berita yang kurang sahih menjadi viral oleh orang ramai di media baharu.

      Padam
    2. saya menokong pendapat saudari akma. iya, tidak seharusnya kita percaya dengan berita yang disampaikan seratus peratus. apa yang sering kita lihat sekarang, ramai yang terus mempercayai berita yang disampaikan tanpa berusaha mencari kesahihan berita tersebut, sebaliknya berterusan serta berkesinambungan mberkongsi berita tersebut dengan orang lain. apa yang lebih mengecewakan, turut memberi pandangan yang negatif dengan kata-kata yang tidak sesuai.

      Padam
  2. Memang benar, tapi adakalanya kesahihan tentang sesuatu berita tersebut masih di ragui. Adakalanya berita yang di tulis tidak sama dengan yang didengar.Bagaimana pula untuk mengatasi maslah tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Bagi saya, kebanyakan berita yang dipaparkan kini adalah meragukan, dan hanya bersifat berat sebelah. Hal ini tidak sepatutnya berlaku, kerana pihak media atau wartawan seharusnya jujur dan amanah dalam melaporkan sesuatu berita. Tidak seharusnya wujud elemen berat sebelah dalam kalangan pihak media.

      Padam
    2. pada pendapat saya,masalah tersebut dapat diatasi apabila kita sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling. selain itu, kita harus mengenalpasti mana-mana sumber yang dapat dipercayai maklumatnya.

      Padam
  3. Pada pendapat saya, media baru sememangnya memberi ancaman kepada media lama misalnya seperti surat khabar. Hal ini dapat dilihat kurangnya sambutan terhadap pembelian dan juga pembacaan berita melalui surat khabar. Dengan adanya media baru ini, mendapatkan berita semasa dan terkini lebih mudah berbanding media lama.
    Namun, satu hal perbezaaan yang mampu dilihat antara media baru dengan media yang lama adalah dari segi penghasilan berita iaitu kualiti berita yang dihasilkan oleh para wartawan. Wartawan yang menghasilkan penulisan berita melalui surat khabar dilihat mempunyai nilai berita dan juga kredibiliti, namun wartawan yang menghasilkan berita melalui media baru dilihat kadang-kadang tidak mempunyai nilai berita. Hal ini kerana, para wartawan yang menghasilkan berita pada media baru ini lebih cepat dan berebut untuk menghasilkan berita daripada mengambil berat mengenai nilai berita tersebut.
    Selain itu, dengan adanya media baru, timbul isu dimana lahirnya wartawan yang tidak bertauliah iaitu masyarakat sendiri boleh menerbitkan berita melalui pelbagai medium yang ditawarkan di dalam media baru seperti blog.
    Hal inilah yang menjadi masalah kepada dunia kewartawanan dan juga diantara media baru dan juga media lama.

    BalasPadam