Jumaat, 1 April 2016

Media Baru dan Identiti



Apa itu identiti? Apakah hubung kait media baru dengan identiti seseorang?  Secara umumnya, cara pemikiran tentang diri kita dan peranan kita dalam persekitaran sosial yang besar boleh menunjukkan identiti diri kita yang sebenar.  Identiti boleh menjadi lambang kepada seseorang sama ada melalui identiti peribadi mahupun peribadi sosial. Pada alaf 21 ini, identiti boleh dilihat melalui sudut pandangan yang berbeza iaitu identiti boleh dilihat melalui kehidupan realiti dan kehidupan maya individu tersebut.  Identiti secara maya  dilihat lebih dominan kerana terdapat perbezaan corak penggunaan media baru secara atas talian.

Sejak tahun 1980-an, industri media telah berkembang dengan pesat di negara kita, Malaysia.  Perkembangan ini selaras dengan dasar liberalisasi kerajaan terhadap media cetak, dasar penswastaan kerajaan terhadap media penyiaran serta galakan kerajaan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian masyarakat.  Perkembangan media yang wujud di negara Malaysia telah menghasilkan media baharu seperti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Wechat, Youtube, dan lain-lain lagi.
Dewasa ini, penggunaan media baru telah mewujudkan peranannya dalam membentuk identiti seseorang secara atas talian.  Hal ini demikian kerana corak penggunaan media baru secara atas talian bagi seseorang adalah berbeza.  Sebagai contoh, pengguna perlu meletakkan nama mereka di laman sosial Facebook agar boleh dikenali oleh kenalan-kenalan yang lain.  Dalam konteks ini, terdapat individu yang menggunakan nama sebenar mahupun mencipta nama yang berlainan dan  nama tersebut telah mewakili identiti peribadi kita.  Sesetengah individu yang menggunakan nama sebenar di laman sosial Facebook mempunyai sebab yang tersendiri kerana ingin mudah dikenali oleh kenalan-kenalan mereka.  Bagi individu yang menggunakan nama yang lain (bukan nama sebanar), mungkin mereka lebih selesa dengan identiti tersebut.
Selain itu, setiap manusia mempunyai identiti yang berbeza dan sudah semestinya sudut pandangan ataupun pendapat bagi setiap isu adalah berbeza.  Kepelbagaian identiti di laman sosial Facebook atau Twitter telah melahirkan pelbagai pandangan yang berbeza sekiranya terdapat pelbagai isu yang menjadi viral.  Pengguna menggunakan media baru untuk menyuarakan pendapat mereka namun tidak kurang terdapat juga yang mempunyai pendapat yang bercanggah antara satu sama lain.  Sebagai contoh, isu-isu politik seperti isu 1MDB dan RM 2.6 Billion yang ternyata menjadi isu hangat dan menjadi viral di media baru.  Maka, timbullah pendapat yang berbeza berkenaan isu tersebut kerana fahaman politik yang berbeza oleh setiap individu. 
Sesungguhnya, media baru mempunyai potensi dalam membentuk identiti seseorang.  Melalui media baru juga membolehkan seseorang untuk mengekspresikan buah fikiran mereka.  Namun begitu, haruslah diingat bahawa identiti sentiasa berubah dan identiti yang dilihat secara maya tidak semestinya sama dengan identiti kehidupan realiti.


7 ulasan:

  1. Setiap individu mempunyai identiti yang tersendidri dan bukannya lahir daripada orang lain. Oleh itu, kita boleh mengubah identiti jika mahu. Kadang kala perubahan yang dilakukan oleh individu untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Media baru membolehkan individu untuk mengubah identiti. Contohnya, bergambar dengan pelbagai gaya dan menggunakan nama yang lain daripada nama sebenar. Perubahan yang dilakukan untuk mencari sesuatu yang baru dalam kehidupan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju dengan pandangan saudari Ummi. Dalam konteks media baru dan identiti ini, setiap individu akan mempunyai identiti tersendiri yang dipamerkan melalui media baru. Perubahan yang dilakukan tersebut mungkin boleh mendatangkan kepuasan kepada individu tersebut..

      Padam
  2. Pada pandangan saya, setiap kita mempunyai identiti yang pelbagai. Penggunaan identiti yang berbeza adakalanya boleh juga mengundang bahaya terhadap seseorang. Namun ianya adalah bergantung dengan seseorang tersebut terhadap pengunaan media baru dalam kehidupan sehariannya. Namun begitu, adalakanya identiti yang terdapat di laman sosial tidak mengambarkan identiti seseorang itu yang sebenar apabila terdapat perbezaan di dunia realitinya. oleh itu, berhati- hati dengan langkah yang diambil,

    BalasPadam
    Balasan
    1. says kurang setuju dengan pendapat anda,kita seharusnya mempunyai identiti tersendiri tanpa perlu mencipta identiti lain supaya kita dapat membentuk tahap keyakinan yang tinggi dalam diri masing-masing.

      Padam
  3. sudah pastinya, dalam menyatakan perihal identiti diri sebenar di laman sosial terutamanya akan memberi kesan tertentu sama ada menjejaskan personaliti mereka mahupun akan mempengaruhi pandangan masyarakat terhadap diri pengguna. maka, tidak hairanlah jika kita melihat kelompok 'keyboard warrior' seringkali menggunakan akaun laman sosial seperti facebook yang palsu (fake users). tapi tidak kurang juga, ada yang menyalahgunakan akaun sebenar pengguna dengan membuka akaun baru (fake) menggunakan gambar pengguna sebenar. Ini bertujuan untuk mengelak identiti mereka dikenal-pasti dan setiap jenayah cyber yang dilakukan pasti akan dipersalahkan kepada pemilik sebenar gambar yang digunakan sebagai profil. ini akan menimbulkan kekeliruan dan pastinya menjejaskan imej si mangsa.

    oleh itu, seperti yang pernah saya katakan diruangan komen pada catatan sebelumnya, penggunaan teknologi mestilah selari dengan rasional pemikiran seseorang. jika kita memanfaatkan penggunaan teknologi seperti laman sosial facebook dengan cara yang betul, menyatakan panndangan yang betul dan mengeluarkan kata-kata yang melambangkan kematangan, pastinya imej pengguna tersebut akan dilihat sebagai individu yang profesional atau berakhlak baik. walaupun, tidak semuanya yang digambarkan dilaman sosial itu merupakan seratus peratus seperti diri individu terbabit yang sebenar, tetapi sekurangnya beliau bijak dalam memanfaatkan penggunaan media.

    BalasPadam
  4. Kebanyakan pengguna laman sosial menggunakan identiti yang pelbagai dalam setiap akaun yang dimiliki oleh mereka. Dalam konteks ini, sememangnya meragukan jika seseorang mempamerkan identiti sebenar mereka dalam laman sosial. Hal ini disebabkan ramai yang cenderung untuk merahsiakan identiti dan sifat sebenar mereka, kerana laman sosial bukannya realiti. Justeru, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja, selagi itu tidak melanggar peraturan dan undang-undang

    BalasPadam
  5. Topik media baharu dan identiti ini sangat menarik bagi saya. Sekarang ini, kita mampu melihat kebanjiran kemudahan seperti 'apps' yang dicipta untuk memudahkan manusia berinteraksi sesama sendiri. Mengenai media baharu dan identiti ini, perkara yang ingin saya ketengahkan adalah sifat identiti seseorang yang boleh memanipulasikan kemudahan yang tersedia ada dalam media baharu.
    Misalnya seperti media sosial tidak kira Facebook, Wechat, Instagram atau sebagainya.
    Ambil contoh mengenai hal ini, setiap individu mempunyai pelbagai karakter atau sifatnya apabila berdepan dengan individu yang lain. Hal ini bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu individu dimana sifatnya yang aktif dengan individu yang pasif. Seperti mana yang kita tahu, individu yang mempunyai sifat aktif apabila berdepan dengan individu yang lain tidak akan mempunyai masalah atau konflik untuk bersemuka namun lain pula halnya dengan individu yang pasif sifatnya kerana individu yang pasif mempunyai masalah untuk bersemuka dengan individu yang lain. Jika dikaitkan dengan media khususnya media baharu seperti media sosial, sudah semestinya individu yang aktif mempunyai nilai sifat yang sama sebagaimana mereka dikehidupan realiti mereka. Namun bagi individu yang pasif pula, dengan adanya media sosial, ianya membantu mereka untuk berinteraksi dengan orang lain malahan mudah bagi mereka untuk mengekspresikan diri mereka sendiri kerana individu yang pasif pada masa realiti ini tidak perlu memikirkan pelbagai perkara misalnya seperti keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.
    Oleh itu, media baharu juga mempunyai peranan dalam membantu sifat identiti seseorang bergantung kepada bagaimana sifat identiti individu tersebut.

    BalasPadam