Rabu, 16 Mac 2016

Impak Kepelbagaian Penggunaan Media Baru dalam Kehidupan Seharian


Penggunaan internet pada masa kini telah mencapai tahap penggunaan secara meluas. Penggunaan internet meluas di setiap pelusuk dunia seperti Afrika, Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara, Amera Latin dan Australia. Jelas menunjukkan bahawa penggunaan internet pada masa sekarang amat penting.



Media baru turut mengetengahkan perubahan dari aspek gaya kehidupan. Seperti penggunaan pengeluaran industri dan ekonomi. Berbanding dengan zaman sebelum wujudnya perkembangan internet, pengguna lebih selesa membeli belah dengan meninjau sendiri barangan tersebut dengan lebih dekat seperti pakaian, aksesori, barangan kosmetik dan barang keperluan yang lain. Namun dengan adanya perkembangan internet, telah memudahkan lagi ekonomi dari aspek jual beli barangan dengan hanya berurusan di talian sahaja. Secara tidak langsung, ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa pembeli tanpa perlu mencari masa terluang untuk membuat sebarang pembelian dan juga dapat mengelakkan kesesakan di dalam pusat membeli belah. Contoh lain seperti pembelian tiket kapal terbang atas talian menjadi lebih mudah kepada pembeli kerana mereka mampu mengurus masa dengan bijak dengan penerbangan yang dipilih dari semasa ke semasa.


Selain menjamu hidangan sarapan pagi pada waktu pagi, kebiasaanya surat khabar menjadi bahan rutin yang perlu bagi mengetahui perkembangan semasa. Walaubagaimanapun, dengan adanya perkembangan internet seperti media baru pada zaman sekarang, pengguna mudah menerima informasi dengan pantas dengan hanya di hujung jari sahaja di mana sahaja berada. Selain itu, dengan adanya media seperti news online atau media sosial  pengguna mampu mengetahui berita terkini dengan pantas tanpa menunggu surat khabar pada keesokan harinya atau menunggu siaran televisyen. Namun, dengan perkembangan tersebut juga telah mengurangkan amalan membaca kepingan suratkhabar kerana hanya bergantung dengan berita yang dipaparkan di news online atau di media social. Ini juga turut mengurangkan nilai menghargai dan membaca keratan ilmiah kerana hanya bergantung kepada gajet sahaja.



Secara kesimpulannya, perkembangan internet dan serta pengenalan dan penggunaan media baru memberi impak kepada rutin seharian pengguna secara langsung dan tidak langsung. Bergantung dengan cara penggunaan dan nilai pemahaman seseorang terhadap penggunaan media tersebut.