Rabu, 16 Mac 2016

Impak Kepelbagaian Penggunaan Media Baru dalam Kehidupan Seharian


Penggunaan internet pada masa kini telah mencapai tahap penggunaan secara meluas. Penggunaan internet meluas di setiap pelusuk dunia seperti Afrika, Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara, Amera Latin dan Australia. Jelas menunjukkan bahawa penggunaan internet pada masa sekarang amat penting.



Media baru turut mengetengahkan perubahan dari aspek gaya kehidupan. Seperti penggunaan pengeluaran industri dan ekonomi. Berbanding dengan zaman sebelum wujudnya perkembangan internet, pengguna lebih selesa membeli belah dengan meninjau sendiri barangan tersebut dengan lebih dekat seperti pakaian, aksesori, barangan kosmetik dan barang keperluan yang lain. Namun dengan adanya perkembangan internet, telah memudahkan lagi ekonomi dari aspek jual beli barangan dengan hanya berurusan di talian sahaja. Secara tidak langsung, ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa pembeli tanpa perlu mencari masa terluang untuk membuat sebarang pembelian dan juga dapat mengelakkan kesesakan di dalam pusat membeli belah. Contoh lain seperti pembelian tiket kapal terbang atas talian menjadi lebih mudah kepada pembeli kerana mereka mampu mengurus masa dengan bijak dengan penerbangan yang dipilih dari semasa ke semasa.


Selain menjamu hidangan sarapan pagi pada waktu pagi, kebiasaanya surat khabar menjadi bahan rutin yang perlu bagi mengetahui perkembangan semasa. Walaubagaimanapun, dengan adanya perkembangan internet seperti media baru pada zaman sekarang, pengguna mudah menerima informasi dengan pantas dengan hanya di hujung jari sahaja di mana sahaja berada. Selain itu, dengan adanya media seperti news online atau media sosial  pengguna mampu mengetahui berita terkini dengan pantas tanpa menunggu surat khabar pada keesokan harinya atau menunggu siaran televisyen. Namun, dengan perkembangan tersebut juga telah mengurangkan amalan membaca kepingan suratkhabar kerana hanya bergantung dengan berita yang dipaparkan di news online atau di media social. Ini juga turut mengurangkan nilai menghargai dan membaca keratan ilmiah kerana hanya bergantung kepada gajet sahaja.



Secara kesimpulannya, perkembangan internet dan serta pengenalan dan penggunaan media baru memberi impak kepada rutin seharian pengguna secara langsung dan tidak langsung. Bergantung dengan cara penggunaan dan nilai pemahaman seseorang terhadap penggunaan media tersebut.

8 ulasan:

  1. Pada pandangan saya, pengunaan media baru ini adakalanya memberi kesan negatif kerana ianya menyebabkan perubahan yang agak ketara pada seseorang individu tersebut. Pada masa yanag sama juga ianya menambah jurang pergaulan antara keluarga dan sahabat andai.
    Persoalanya,adakah semua informasi yang terdapat di internet itu boleh dipercayai?

    BalasPadam
  2. saya kurang bersetuju dengan ulasan saudari nur hikmah, kesan kerana yang negatif itu muncul pada individu itu sendiri sebab kita sebagai individu mampu untuk menggunakan media sosial dan juga internet dengan bijak dan berwibawa. untuk jurang itu saya sependapat sebahagain nya tidak semuanya pergaulan melalui internet ini menimbulkan jurang antara satu sama lain tapi dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan yang jauh

    BalasPadam
  3. Media baru sepatutnya tidaklah dipandang sebagai satu sebab bagi kurangnya perhatian terhadap media lama atau media tradisional. Media baru haruslah dianggap sebagai satu kelebihan dalam pembaharuan media pada masa kini.
    Ramai yang beranggapan bahawa media lama akan tenggelam dek kerana kurangnya penggunaan atau populariti media tersebut namun kita haruslah beringat, tanpa media lama, media baru tidak akan muncul dan percayalah bahawa satu hari nanti media lama akan lebih berguna pada saat-saat genting dimana media baru tidak mampu untuk melaksanakan tugasan yang dikehendaki.
    Ramai yang mengata bahawa media lama sudah dipinggirkan dan kurangnya sambutan namun apa yang tiada di dalam media baru ada tersedia didalam media lama. Tambahan pula, isu kebolehpercayaan terhadap media baru masih boleh didengari namun tidak pada media lama.
    Hal ini juga memberikan kelebihan kepada generasi yang bekerja dalam media lama untuk memikirkan dan menghasilkan sesuatu yang kreatif dan berdaya saing untuk menjadikan media lama sentiasa mekar sepanjang zaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bersetuju dengan pendapat Ringkai. Janganlah kita beranggapan bahawa media baru menjadi punca media lama dilupakan. Sebaliknya media baru yang semakin popular dijadikan satu saingan yang sihat untuk memajukan lagi industri atau media lama. Media lama seharusnya berfikiran positif untuk melakukan sesuatu yang baru agar tidak dilupakan dan dapat menjadi satu media yang terbaik.

      Padam
  4. Ledakan media baru yang semakin meluas kini disebabkan oleh kemajuan dan penciptaan teknologi yang boleh diibaratkan sebagai suatu perlumbaan dalam kalangan penciptanya. Tidak dapat dinafikan, masyarakat kini lebih tertumpu kepada media-media baru, dan seringkali media lama menjadi sumber kedua buat mereka. Ya, media baru sememangnya memberi banyak kelebihan dan kemudahan untuk kita pada hari ini, namun media tradisional juga mempunyai fungsi yang tersendiri, dan sehingga kini, masih menjadi pilihan masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bersetuju dengan pendapat Nur Haydah. masyarakat pada zaman ini dilihat sangat bergantung dengan media-media baru.. Namun begitu, media tradisional juga mempunyai kepentingan yang tersendiri.. meskipun melalui media baru, masyarakat boleh mendapat maklumat semasa dengan segera, akan tetapi media cetak seperti surat khabar masih lagi menjadi pilihan pembaca untuk mendapatkan info-info terkini dari dalam dan luar negara...

      Padam
  5. Kemajuan teknologi era kini, wujudnya puak-puak yang sering menyalahgunakan teknologi ini. sebagai contoh, peluang berniaga menerusi laman sosial, ada juga yang mengambil kesempatan dengan menipu dan berpura-pura sebagai penjual. apapun, penggunaan teknologi ini bergantung pada individu. jangan biarkan teknologi mengawal kehidupan kita tetapi biarlah kita yang bijak memanfaatkan teknologi tersebut.

    BalasPadam
  6. Kemajuan teknologi era kini, wujudnya puak-puak yang sering menyalahgunakan teknologi ini. sebagai contoh, peluang berniaga menerusi laman sosial, ada juga yang mengambil kesempatan dengan menipu dan berpura-pura sebagai penjual. apapun, penggunaan teknologi ini bergantung pada individu. jangan biarkan teknologi mengawal kehidupan kita tetapi biarlah kita yang bijak memanfaatkan teknologi tersebut.

    BalasPadam