Perumpaan bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”
sangat sinonim dengan pengaruh media massa dalam kehidupan manusia.Pengaruh
media massa ini mampu mengawal segala aspek tidak kira tua atau muda.
Pengunaannya bagaikan tarikan magnet yang sukar untuk dilepaskan terutamanya
dalam diri individu tersebut.
Menurut Harold Lasswell (1948) menyatakan bahawa media
merupakan penyediaan pengawasan keadaan sekeliling, korelasi komponen
masyarakat berhubung dengan keadaan sekeliling, dan pancaran warisan sosial.
Bukan itu sahaja, ianyanya bertindak sebagai mengawal masyarakat, membentuk
masyarakat, membantu masyarakat memahami dunia di sekeliling mereka dan
bertindak sebagai penggerak sosialisasi.
Hal ini demikian kerana penggunaannya boleh melengkapi
segala aspek kemahuan dan kehendak seseorang individu terutamanaya dalam
melayari internet. Namun kewujudan media massa ini adakalanya memberi implikasi
yang negatif tanpa kita
sedar bahawa kita tidak tidak
mungkin dapat mengasingkan diri daripada pengaruhnya, sama ada melalui media
cetak mahupun media elektronik. Selain itu, dengan adanya media massa ini
sebenarnya dapat memenuhi keperluan manusia kerana ianya adalah alat untuk
mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa, sukan, pendidikan, kesihatan, dan
hiburan untuk semua.
Oleh
itu, penubuhan pusat internet 1 malaysia bagaikan “pucuk dicita ulam mendatang” terutamanya
dalam masyarakat yang berada di luar Bandar. sehubungan itu,dengan adanya kemudahan
yang disediakan masyarakat kampung dapat menikmati kemudahan yang di
sediakan dan dapat memanfaatkannya untuk pelbagai keperluan. Bukan itu sahaja,
yuran yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding penggunaan di luar
malah pusat internet ini. Selain itu juga,mereka turut menawarkan pelbagai
kursus kepada masyarakat kampung agar mereka dapat mengetahui dan
mempelajarinya untuk kegunaan mereka pada masa akan datang.
Kesimpulannya,
kemajuan teknologi kini haruslah digunakan dengan sebaiknya agar kita sentiasa
mendapat manfaat dan dapat melahirkan modal insan yang berjaya.
Rujukan
Mus
Chairil Samani, Jamilah Maliki & Norazimah Abd Rashid . (2011).
Literasi Media: Ke Arah Melahirkan Pengguna Media Berpengetahuan. Jurnal Pengajian Media Malaysia, Vol. 13(2) , 41-64.
Literasi Media: Ke Arah Melahirkan Pengguna Media Berpengetahuan. Jurnal Pengajian Media Malaysia, Vol. 13(2) , 41-64.
kemajuan teknologi semenagnya tidak terlepas daripada kesan negatif dan positif jadi sebagai manusia yang bertanggung jawab perlulah kita menggunakannya dengan bijak.
BalasPadammemenag betul kata anada, teknologi ini bisa juga membunuh jika kita tidak berhati-hati dalam penggunaannya
Padamdisebabkan itulah terdapat kata-kata daripada golongan bijak pandai, yang membezakan manusia dan haiwan itu adalah akal. jika kita memanfaatkan penggunaan teknologi moden ini dengan pertimbangan akal yang rasional dan waras, sudah pasti kita tahu membezakan yang baik dan buruk sehingga tidak menjadi mangsa teknologi kini yang sering menyalahgunakannya
PadamMenyentuh mengenai Pusat Internet 1 Malaysia, secara peribadinya saya tidaklah berapa tahu mengenai keberkesanan kemudahan tersebut. Namun apa yang pasti, saya sendiri banyak menerima rungutan dan ketidakpuasan pengguna terhadap kemudahan ini. Apa yang saya banyak dengar adalah kemudahan tersebut hanyalah atas nama sahaja kerana fungsi yang ditawarkan amatlah terhad dan sangat menyedihkan.
BalasPadamSekiranya benar apa yang dirungutkan, maka pembaikan atau menaiktaraf haruslah dilakukan oleh pihak yang berwajib dalam menyediakan kemudahan terutamanya berkaitan dengan internet.
Menyentuh mengenai media massa, kita tidak dapat lari daripada perubahan yang sentiasa berlaku dari semasa ke semasa, malah semakin canggih media massa maka semakin mudah proses komunikasi dan penyampaian maklumat berlaku. Baik atau buruk itu sememangnya tidak mampu untuk ditolak sepenuhnya kerana setiap perkara mempunyai baik dan buruk yang tersendiri.
Pada pandangan saya juga begitu, rungutan memang banyak didengari mengenai kewujudan pusat internet 1 malaysia ini. Namun di sebalik rugutan tersebut pihak mereka turut menawarkan beberapa kursus kepada pihak kampung untuk kegunaan mereka pada masa akan datang.
Padambagi saya pusat internet satu malaysia ni bagus tetapi ianya hanya di tempat2 tertentu sahaja di pasang dan ianya kekadang meyukarkan masayarakat untuk mengeksesnya. saya saran kan kepada pihak yang berwajib untuk memperbanyakan lagi kemudahan ini supasa ramai anak2 muda dan masyarakat dapat mengeksesnya
Padampada pendapat saya, inisiatif kerajaan ini sebenarnya memberikan peluang untuk masyarakat terutamanya anak-anak muda untuk mendedahkan diri mereka dengan teknologi terkini. kemudahan yang disediakan untuk mereka seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya, tanpa ada sebarang penyelewengan.namun demikian, bagi pihak pengurusan pula, mereka juga harus menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan pusat internet dapat diakses oleh masyarakat. bukan itu sahaja, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan agar pusat internet tersebut berjalan seperti yang dijadualkan, agar tidak terdapat sebarang rungutan daripada pengguna.
PadamInisiatif kerajaan yang mewujudkan Pusat Internet 1 Malaysia perlulah dihargai dan digunakan dengan sebaik mungkin. Berkenaan pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia pula, mereka seharusnya menjalankan tanggungjawab dan sentiasa memantau perkembangan yang ada agar rungutan tentang Pusat Internet 1 Malaysia boleh dielakkan. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet 1 Malaysia dengan sebaiknya.
Padamsaya bersetuju dengan pendapat saudari akma. internet satu Malaysia adalah inisiatif kerajaan yang bukan sekadar untuk memudahkan masyarakat tetapi juga untuk mencapai wawasan 2020 dimana melahirkan masyarakat Malaysia yang maju serta jauh ke hadapan bukan sahaja dari ekonomi dan pendidikan tetapi juga sains teknologi. Akan tetapi, rungutan yang sering didengar seharusnya tidak dipandang enteng sebaliknya pihak pengurusan perlu mengambil tindakan yang segera.
PadamHarapan saya, diharap pihak kerajaan dapat memperbanyakan lagi pusat internet ini untuk tujuan pembelajaan khususnya agar masyarakat dapat memanfaatkannya.
BalasPadamPerkembangan teknologi pada hari ini telah merentas bebagai bangsa dan budaya di Malaysia dan amat pantas untuk diikuti. Kaum-kaum di Malaysia dapat disatukan melalui teknologi baru yang semakin canggih. Pelbagai maklumat dapat disalurkan sepantas kilat.
BalasPadamPerkembangan teknologi pada hari ini telah merentas bebagai bangsa dan budaya di Malaysia dan amat pantas untuk diikuti. Kaum-kaum di Malaysia dapat disatukan melalui teknologi baru yang semakin canggih. Pelbagai maklumat dapat disalurkan sepantas kilat.
BalasPadam