Sebuah kajian yang dijalankan
pada tahun 2015 menunjukkan bahawa 56% remaja yang berumur 13-17 mempunyai kekerapan yang tinggi dalam
melayari media sosial, hanya 6% daripada mereka yang jarang melayari media
sosial. Melalui kajian tersebut, sudah terbukti bahawa golongan remaja
mempunyai potensi untuk ketagih dengan teknologi terkini. Mereka berpotensi
untuk menggunakan internet untuk pelbagai kegunaan sepanjang hari. Jika tidak
diawasi oleh orang dewasa, maka anak-anak muda yang akan menjadi pewaris
negara, akan lalai dengan arus moderniti dan mereka justeru akan mengabaikan
tanggungjawab mereka kelak.
[kredit]
Lee-Post (dalam
Zaidatun & rakan-rakan, 2011), internet telah mengubah cara manusia
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu dengan yang lain. Kewujudan telefon
pintar memeriahkan lagi penggunaan media baru, iaitu media sosial.
Menurut Alisyahbana
(1980), manusia telah mengenal teknologi sejak jutaan tahun yang lalu. Hal ini
disebabkan oleh dorongan hidup yang lebih aman, makmur dan sejahtera. Justeru,
walaupun teknologi telah wujud lama dahulu, namun istilah ‘teknologi’ itu
sendiri belum lagi digunakan. Istilah ‘teknologi’ berasal dari ‘techne’ atau
cara, dan ‘logos’ yang bermaksud pengetahuan. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan
bahawa teknologi membawa maksud ‘pengetahuan tentang cara’.
[kredit] |
[kredit] |
Kemajuan teknologi
tidak dapat kita hindari, kerana seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan,
perkembangan teknologi akan seiring. Pendek kata, ilmu pengetahuan dan
teknologi tidak dapat dipisahkan. Ledakan teknologi yang merubah corak
komunikasi dan kehidupan manusia secara keseluruhannya memberi kesan kepada
cara penyampaian dan perkembangan sesuatu ilmu.
Namun demikian, sudah
pasti, kemunculan teknologi baru akan memberi banyak kelebihan, dan sudah
pasti, akan ada keburukannya. Jika dahulu, saiz dan bentuk telefon bimbit amat
berbeza dengan reka bentuk yang ada di pasaran kini. Perbezaan tersebut juga
memberi banyak perubahan kepada corak dan cara komunikasi terkini. Sebagai
contoh, untuk mengetahui perkembangan terkini seseorang yang sedang berada jauh
dengan keluarga, individu tersebut perlu mengisi ‘top-up’ untuk membolehkan
mereka berbual dan bertanya khabar. Kini, dengan hanya klik satu butang di
telefon pintar masing-masing, bukan sahaja pihak kedua dapat mendengar suara,
malah boleh menghantar video dan gambar sekali gus.
‘So close, yet so
far’. Pepatah ini amat sesuai digunakan untuk menggambarkan teknologi terkini
dengan komunikasi manusia. Hal ini demikian, walaupun terasa seperti seseorang
yang jauh itu dekat semasa menggunakan teknologi, namun pada aspek realitinya,
mereka berada sangat jauh dari pandangan mata. Bukan itu sahaja, ‘online’ juga
dapat mempengaruhi hubungan sosial seseorang. Kekerapan melayari internet yang tinggi
mampu menjejaskan kemampuan seseorang dalan komunikasi secara bersemuka.
Oleh yang demikian,
kemajuan teknologi yang wujud dan sedang dalam inovasi dan penciptaan baru,
haruslah disyukuri oleh umat manusia. Bukan itu sahaja, walaupun penggunaannya
adalah untuk kemudahan dan kebaikan, namun harus diketahui bahawa terdapat
salah guna dalam kalangan masyarakat apabila tidak timbul kesedaran dalam diri
mereka. Paling penting, walaupun teknologi digunakan untuk mendekatkan diri
dengan orang yang jauh, namun mereka yang berada di sekeliling kita tidak harus
diabaikan, kerana mereka yang akan berada di sisi apabila kita memerlukan.
Alisyahbana, I. (1980). Teknologi dan Perkembangan. Jakarta:
Yayasan Idayu.
Zaidatun Tasir, J. S. (2011). Penggunaan Alat
Rangkaian Sosial di Kalangan Pelajar IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1.
pada pandangan saya, dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna.
BalasPadamzaman sekarang merupakan teknologi. kita tidak boleh kata tidak untuk memggunakan teknologi masa kini. peredaran masa memainkan peranan dalam menggubah zaman teknologi yang kurang maju sehinggalah kepada zaman teknologi yang semakin cangih kini. kita sebagai manusia abad 21 ini sememangnya memerlukan teknologi untuk mencari pelbagai maklumat dan juga untuk memudahkan komunikasi dengan lebih pantas dan cepat
BalasPadamBenar, teknologi merupakan sebahagian dari kehidupan kita selaku manusia yang hidup di abad 21. Namun, kita tidak seharusnya menjadikan teknologi sebagai alasan semata-mata. Sesetengah perkara tidak memerlukan teknologi, itu hakikat yang kita semue harus terima. Meluangkan masa dengan keluarga misalnya, tidak memerlukan sebarang teknologi. Bah kan, kita akan memperoleh sesuatu yang lebih bernilai, yang teknologi pun tidak mampu berikan, iaitu masa dan kasih sayang.
Padamsays setuju dengan pendapat anda. Pada masa ini, amat sukar untuk kita melihat sesebuah keluarga dapat meluangkan masa tanpa melibatkan teknologi kerana sering kita lihat dalam kehidupan seharian ada dikalangan ahli keluarga yang sentiasa memberi perhatian dengan gadget masing-masing walaupun pada waktu makan. kesannya, wujud individu yang tidak tahu menghargai kasih sayang antara ahli keluarga.
PadamPada pendapat saya, memang tidak dinafikan bahawa teknologi amat penting untuk kegunaan manusia sejagat. Namun, timbul kerisauan tentang ketagihan terhadap teknologi seperti penggunaan internet, gadjet yang melampau.
BalasPadamPada pandangan saya, ketagihan terhadap digital ini amat memrisaukan saya kerana ianya boleh membawa kepada keburukan terhadap individu itu sendiri. Sepertimana yang kita lihat sekarang hampir semua masyarakat dunia sebenarnya ketagihan digital tanpa mereka sedari. Hal ini demikian kerana kebanyakan masa mereka akan dihabiskan dengan mengunakan digital ini walaupun mempunyai keluarga disisi.
BalasPadamtidak dinafikan, dengan era serba moden kini, teknologi amat penting bagi setiap individu kerana digunakan sebagai medium perantara komunikasi terutama jarak jauh selain untuk memudahkan dalam mendapatkan maklumat atau informasi terkini. akan tetapi, penggunaan teknologi di usia awal kanak-kanak dan remaja perlulah dibawah pantauan ibubapa untuk mengelak daripada penyalahgunaan teknologi ini.
BalasPadamSaya bersetuju dengan pandangan saudari. Kanak-kanak yang memiliki gadjet sendiri seharusnya dipantau oleh ibu bapa, agar mereka tidak menyalahgunakan pemberian ibu bapa. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Justeru, sekiranya mereka tidak dipantau, maka mereka akan bebas melayari laman web yang tidak sepatutnya.
Padamsaya sokong dengan pendapat saudari, ibu bapa perlu memantau kanak2 yang mempunyai gadjet berteknologi agar nereka tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan
PadamPada pendapat saya, dalam kemajuan teknologi,bagi kekerapan pihak yang menggunakan gajet atau internet tidak wajar disimpulkan sebagai kelalaian kerana setiap pihak yang menggunakan teknologi maklumat ini mempunyai matlamat dan agenda tersendiri. Seperti teori komunikasi iaitu 'uses and gratification' jelas menyatakan bahawa setiap orang mempunyai matlamat penggunaan yang berbeza seperti, sebagai medan untuk meluangkan masa daripada tekanan atau kepenatan atau untuk mencari sumber rujukan. Jadi sesetengah orang merasakan wajar sekiranya mereka kerap menggunakan gajet atau internet sekiranya profisien atau urusan mereka sentiasa bergantung dengan teknologi maklumat tersebut.
BalasPadamKemajuan teknologi adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri serta untuk manfaat manusia itu sendiri. Kita tidak boleh menidakkan kemajuan teknologi terutamanya kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini sebab yang menidakkan kemajuan tersebut akan ketinggalan daripada arus perkembangan dunia dan akan dianggap 'kuno' oleh sesetengah pihak.
BalasPadamKemajuan teknologi membawa kemudahan yang mampu dimanfaatkan oleh kita namun janganlah sehingga kita yang dimanfaatkan oleh kemajuan teknologi tersebut. Kita yang bertindak sebagai pengguna terhadap teknologi tidak kira dari aspek mana sekalipun haruslah bijak menggunakannya. Teknologi yang sebelumnya ini juga banyak membantu manusia dalam meningkatkan taraf kehidupan manusia namun ada juga berlaku dimana ianya meruntuhkan taraf hidup seseorang. Oleh itu, penggunaan teknologi yang semakin canggih haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin dan menghindarkan daripada penyalahgunaan kemajuan teknologi tersebut.