Rabu, 9 Mac 2016

Apa yang dimaksudkan dengan Media Baru?


 

Pada alaf 21 catchall telah menggunakan istilah media baru untuk menentukan  semua yang berkaitan dengan internet dan kaitan antara teknologi, imej dan bunyi. Malah definisi media baru ditukar setiap hari dan akan berterusan. Media baru berkembang dan berubah secara berterusan.

Media secara umunya adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi kepada penerima informasi.Kebanyakan teknologi digambarkan sebagai " media baru" adalah digital , sering mempunyai ciri-ciri yang dimanipulasi, networkable , padat, mampat, dan interaktif. Beberapa contoh boleh menjadi Internet, laman web, multimedia komputer , permainan komputer , CD -ROM , dan DVD.


Istilah media baru sekarang sangat lari dari definisi sebenar kerana dikatakan media baru adalah satu medium untuk menguruskan teknologi, kemahiran, dan proses yang berubah dengan pantas dan amat mustahil untuk menentukan alat-alat dan proses yang terlibat. Sebagai contoh, telefon bimbit pada lewat tahun 1980-an boleh dianggap sebagai sebahagian daripada media baru, manakala hari ini istilah mungkin hanya untuk pemilihan tertentu kepada sesuatu jenis telefon dengan sistem aplikasi tertentu, atau lebih biasa, kandungan yang terdapat dalam aplikasi.




Media Baru juga boleh dirujuk sebagai sekumpulan technologi yang melahirkan wadah interaksi kepada pengguna. Merujuk kepada Socha dan Eber-schmid (2012) dalam artikel mereka “Defining new media isn’t easy”, media baru tidak termasuk televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang membenarkan interaksi kepada pengguna. Mengikut pendapat saya, hal ini memang benar kerana pengguna akan lebih tertarik untuk mengunakan komunikasi jenis ini kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk mengeluarkan pendapat mereka.


Dalam perspektif yang lain, Lister, Dovey, Giddings, Grant, and Kelly (2009) mendefinisikan media baru dalam cara yang unik. Pada mereka, media baru merujuk kepada perubahan skala besar dalam media produksi, penyebaran dan penggunaan. Ini bermaksud melalui media baru, tahap efisyen terhadap sesuatu perkara dalam media produksi, penyebaran dan pengunaan akan bertambah bermutu. Kita boleh ambil contoh sekumpulan artis seni yang dikenali sebagai “Factum-Arte” yang mana pekerjaan mereka ialah membaik pulih seni lama seperti monument dan arca terdahulu. Proses membaik pulih arca ini mengambil masa yang sangat lama. Akan tetapi melalui media baru, pelbagai jenis teknologi seperti komputer super dapat membantu mereka menjalani proses membaik pulih dengan cepat. Hal ini menyebabkan satu perubahan besar dimana sebelum adanya komputer canggih produksi membaik pulih sangat lama dan hampir mustahil. Akan tetapi kehadiran teknologi canggih membantu untuk menghasilkan projek yang bermutu dan efisyen.


Manakala, menurut Marshall McLuhan, Istilah media baru pada umumnya merujuk kepada mereka media digital,yang interaktif, menggabungkan dua komunikasi cara dan melibatkan beberapa bentuk pengkomputeran yang bertentangan dengan " media lama" seperti telefon, radio dan TV. Media lama, di mana kemunculan asal mereka tidak memerlukan teknologi komputer, kini dalam ke kewujudan mereka membuatkan penggunaan teknologi komputer muncul seperti teknologi lain, yang tidak semestinya media komunikasi seperti peti sejuk dan motor kereta. Banyak media baru muncul dengan menggabungkan medium yang lama dengan cip komputer dan hard drive

Pada pendapat saya ringkaskan, media baru adalah perkembangan teknologi komunikasi yang baru, terkini dan canggih. Hal ini kerana kita dapat lihat dari dua perspektif yang berlainan bersetuju bahawa kehadiran technologi penting dalam media baru. Teknologi komunikasi yang bermutu ini menyebabkan satu lagi perkara yang sering disebut iaitu globalisasi. Dengan adanya globalisasi, urusan komunikasi tidak terhad terhadap sesuatu Negara sahaja. Urusan komunikasi ini berkembang kepada seluruh pelusuk dunia. Kita boleh mendapat apa jua maklumat yang kita mahu hanya dengan menekan butang sehingga pada satu tahap kita boleh katakan segala informasi di hujung jari. Dengan itu, hal ini dapat memudahkan kita untuk menyelesaikan segala urusan tanpa ada halangan jarak dan waktu.


 
Contoh Media Baru:


 

  • Internet & web
  • Personal komputer
  • DVDs (Digital Versatile Disc / Digital Video Disc
  • VCDs (Compact Disc)
  • Portable Media Player
  • Mobile Phone
  • Video Games
  • Virtual Reality

9 ulasan:

  1. Media baru sememangnya membolehkan berlakunya proses globalisasi di serata dunia. Oleh itu, wujudnya "Global Village" dimana setiap individu mampu untuk berkenalan dan berkomunikasi dengan individu yang lain.
    Malah media baru juga banyak membantu dan mempunyai pelbagai kemudahan dan lebih pantas jika dibandingkan dengan media tradisional.
    Persoalannnya disini, adakah dengan adanya media baru ini akan menjadikan media tradisional ditinggalkan dan seterusnya dilupakan? Apakah dengan adanya media baru ini akan menjadikan individu bergantung kepadanya dan adakah media baru ini 'selamat'?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tidak dapat dinafikan bahawa penciptaan teknologi baru turut memberi inovasi kepada corak media pada masa kini. Masyarakat kini lebih banyak bergantung dengan media baru berbanding media tradisional yang disifatkan sebagai ketinggalan zaman. Namun demikian, walau secanggih manapun sesebuah teknologi, media tradisional tidak seharusnya dilupakan atau diabaikan begitu sahaja. Masih terdapat kegunaannya kepada kita semua. Sekiranya seseorang tidak mengambil langkah selamat apabila menggunakan media baru seperti media sosial, maka sudah pasti akan terdapat risiko yang bakal dihadapi.

      Padam
  2. sememanya media baharu ini penting tp tidak dilupakan juga bahawa media lama seprti media cetak itu juga penting kerana tanpa adanya media lama media baharu tidak mungkin dapat dilaksanakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ya. Media cetak seperti surat khabar tidak patut dilupakan hanya disebabkan terdapatnya media baru ini. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memajukan industri media lama. Walaupun media lama lebih mudah dan canggih tetapi kemudahan tersebut sedikit sebanyak akan menyebabkan kita anti sosial.

      Padam
    3. pembetulan:
      ***walaupun media baru lebih mudah dan canggih tetapi kemudahan tersebut sedikit sebanyak akan menyebabkan kita anti sosial

      Padam
    4. ya, saya bersetuju dengan pendapat saudari Ummi. Hal ini demikian kerana media lama seperti media cetak masih lagi relevan pada masa kini walaupun wujudnya media baru. Tidak dinafikan media baru boleh mewujudkan masyarakat yang anti sosial disebabkan terhadnya pergaulan sosial antara masyarakat kerana terlalu bergantung dengan media baru untuk berkomunikasi..

      Padam
    5. akan tetapi, pada pandangan saya, media cetak lebih dekat kepada pengguna yang boleh dikatakan individu yang lebih berusia atau golongan intelektual (cuma sebahagian mungkin), tetapi media baru ini dikatakan 'mesra alam'.

      Padam
  3. Media baharu merupakan medan yang baru untuk masyarakat berinteraksi namun kewujudan ini membuatkan masyarakat adakalanya terasa terbeban dan memberi pengaruh yang kuat dalam persekitaran.Adakah anda setuju bahawa media baharu ini menyebabkan masyarakat lebih mengutamankan kehendak berbanding keperluan dalam kehidupan mereka.

    BalasPadam