Sebuah kajian yang dijalankan
pada tahun 2015 menunjukkan bahawa 56% remaja yang berumur 13-17 mempunyai kekerapan yang tinggi dalam
melayari media sosial, hanya 6% daripada mereka yang jarang melayari media
sosial. Melalui kajian tersebut, sudah terbukti bahawa golongan remaja
mempunyai potensi untuk ketagih dengan teknologi terkini. Mereka berpotensi
untuk menggunakan internet untuk pelbagai kegunaan sepanjang hari. Jika tidak
diawasi oleh orang dewasa, maka anak-anak muda yang akan menjadi pewaris
negara, akan lalai dengan arus moderniti dan mereka justeru akan mengabaikan
tanggungjawab mereka kelak.
[kredit]
Lee-Post (dalam
Zaidatun & rakan-rakan, 2011), internet telah mengubah cara manusia
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu dengan yang lain. Kewujudan telefon
pintar memeriahkan lagi penggunaan media baru, iaitu media sosial.
Menurut Alisyahbana
(1980), manusia telah mengenal teknologi sejak jutaan tahun yang lalu. Hal ini
disebabkan oleh dorongan hidup yang lebih aman, makmur dan sejahtera. Justeru,
walaupun teknologi telah wujud lama dahulu, namun istilah ‘teknologi’ itu
sendiri belum lagi digunakan. Istilah ‘teknologi’ berasal dari ‘techne’ atau
cara, dan ‘logos’ yang bermaksud pengetahuan. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan
bahawa teknologi membawa maksud ‘pengetahuan tentang cara’.
[kredit] |
[kredit] |
Kemajuan teknologi
tidak dapat kita hindari, kerana seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan,
perkembangan teknologi akan seiring. Pendek kata, ilmu pengetahuan dan
teknologi tidak dapat dipisahkan. Ledakan teknologi yang merubah corak
komunikasi dan kehidupan manusia secara keseluruhannya memberi kesan kepada
cara penyampaian dan perkembangan sesuatu ilmu.
Namun demikian, sudah
pasti, kemunculan teknologi baru akan memberi banyak kelebihan, dan sudah
pasti, akan ada keburukannya. Jika dahulu, saiz dan bentuk telefon bimbit amat
berbeza dengan reka bentuk yang ada di pasaran kini. Perbezaan tersebut juga
memberi banyak perubahan kepada corak dan cara komunikasi terkini. Sebagai
contoh, untuk mengetahui perkembangan terkini seseorang yang sedang berada jauh
dengan keluarga, individu tersebut perlu mengisi ‘top-up’ untuk membolehkan
mereka berbual dan bertanya khabar. Kini, dengan hanya klik satu butang di
telefon pintar masing-masing, bukan sahaja pihak kedua dapat mendengar suara,
malah boleh menghantar video dan gambar sekali gus.
‘So close, yet so
far’. Pepatah ini amat sesuai digunakan untuk menggambarkan teknologi terkini
dengan komunikasi manusia. Hal ini demikian, walaupun terasa seperti seseorang
yang jauh itu dekat semasa menggunakan teknologi, namun pada aspek realitinya,
mereka berada sangat jauh dari pandangan mata. Bukan itu sahaja, ‘online’ juga
dapat mempengaruhi hubungan sosial seseorang. Kekerapan melayari internet yang tinggi
mampu menjejaskan kemampuan seseorang dalan komunikasi secara bersemuka.
Oleh yang demikian,
kemajuan teknologi yang wujud dan sedang dalam inovasi dan penciptaan baru,
haruslah disyukuri oleh umat manusia. Bukan itu sahaja, walaupun penggunaannya
adalah untuk kemudahan dan kebaikan, namun harus diketahui bahawa terdapat
salah guna dalam kalangan masyarakat apabila tidak timbul kesedaran dalam diri
mereka. Paling penting, walaupun teknologi digunakan untuk mendekatkan diri
dengan orang yang jauh, namun mereka yang berada di sekeliling kita tidak harus
diabaikan, kerana mereka yang akan berada di sisi apabila kita memerlukan.
Alisyahbana, I. (1980). Teknologi dan Perkembangan. Jakarta:
Yayasan Idayu.
Zaidatun Tasir, J. S. (2011). Penggunaan Alat
Rangkaian Sosial di Kalangan Pelajar IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1.