Khamis, 10 Mac 2016

Media Baru: Apakah Anda Selamat?

Pada masa sekarang, teknologi komunikasi semakin pesat berkembang dan juga canggih. Dengan adanya internet, media menjadi lebih maju berbanding dengan media sebelumnya.

Media baru mendatangkan pelbagai manfaat kepada setiap pengguna tidak kira muda atau tua dan jauh atau dekat. Media baru memudahkan lagi interaksi manusia jika dibandingkan dengan media yang lama kerana didatangkan dengan pelbagai aplikasi-aplikasi yang menarik, pantas dan juga efektif. 

Masyarakat pada masa sekarang lebih tertumpu kepada media baru berbanding dengan media lama. Dengan kebolehan media baru, telah memberikan peluang untuk setiap individu mengekspresikan diri tanpa sempadan menjadikan mereka seronok menikmati kemudahan tersebut. 

Namun, masyarakat lupa bahawa dengan semakin canggihnya teknologi komunikasi pada masa kini mampu menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman atau bahaya tanpa disedari. Ruang privasi individu juga mampu tergugat sekiranya mereka tanpa kawalan menggunakan aplikasi di media baru.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menangani masalah yang disebabkan oleh media baru? Apakah pengguna tahu bahawa semakin mereka aktif bersama media baru semakin mereka terdedah kepada dunia luar? Apakah individu pada masa sekarang mempunyai privasi mereka yang tersendiri? 

Persoalan berikut bukanlah hanya menyatakan keburukan mengenai media baru, namun ianya hanyalah sekadar peringatan bahawa setiap perkara yang dilakukan mempunyai risikonya ynag tersendiri, baik buruk itu semunya terpulang kepada individu itu sendiri dalam menggunakan atau memanfaatkan aplikasi media baru. Bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna'. Janganlah sudah terhantuk baru tergadah, sudah menjadi 'mangsa' media baru, barulah nak tersedar. Sekiranya begitu, maka sudah terlambatlah jadinya.

Rabu, 9 Mac 2016

Apa yang dimaksudkan dengan Media Baru?


 

Pada alaf 21 catchall telah menggunakan istilah media baru untuk menentukan  semua yang berkaitan dengan internet dan kaitan antara teknologi, imej dan bunyi. Malah definisi media baru ditukar setiap hari dan akan berterusan. Media baru berkembang dan berubah secara berterusan.

Media secara umunya adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi kepada penerima informasi.Kebanyakan teknologi digambarkan sebagai " media baru" adalah digital , sering mempunyai ciri-ciri yang dimanipulasi, networkable , padat, mampat, dan interaktif. Beberapa contoh boleh menjadi Internet, laman web, multimedia komputer , permainan komputer , CD -ROM , dan DVD.


Istilah media baru sekarang sangat lari dari definisi sebenar kerana dikatakan media baru adalah satu medium untuk menguruskan teknologi, kemahiran, dan proses yang berubah dengan pantas dan amat mustahil untuk menentukan alat-alat dan proses yang terlibat. Sebagai contoh, telefon bimbit pada lewat tahun 1980-an boleh dianggap sebagai sebahagian daripada media baru, manakala hari ini istilah mungkin hanya untuk pemilihan tertentu kepada sesuatu jenis telefon dengan sistem aplikasi tertentu, atau lebih biasa, kandungan yang terdapat dalam aplikasi.




Media Baru juga boleh dirujuk sebagai sekumpulan technologi yang melahirkan wadah interaksi kepada pengguna. Merujuk kepada Socha dan Eber-schmid (2012) dalam artikel mereka “Defining new media isn’t easy”, media baru tidak termasuk televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang membenarkan interaksi kepada pengguna. Mengikut pendapat saya, hal ini memang benar kerana pengguna akan lebih tertarik untuk mengunakan komunikasi jenis ini kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk mengeluarkan pendapat mereka.


Dalam perspektif yang lain, Lister, Dovey, Giddings, Grant, and Kelly (2009) mendefinisikan media baru dalam cara yang unik. Pada mereka, media baru merujuk kepada perubahan skala besar dalam media produksi, penyebaran dan penggunaan. Ini bermaksud melalui media baru, tahap efisyen terhadap sesuatu perkara dalam media produksi, penyebaran dan pengunaan akan bertambah bermutu. Kita boleh ambil contoh sekumpulan artis seni yang dikenali sebagai “Factum-Arte” yang mana pekerjaan mereka ialah membaik pulih seni lama seperti monument dan arca terdahulu. Proses membaik pulih arca ini mengambil masa yang sangat lama. Akan tetapi melalui media baru, pelbagai jenis teknologi seperti komputer super dapat membantu mereka menjalani proses membaik pulih dengan cepat. Hal ini menyebabkan satu perubahan besar dimana sebelum adanya komputer canggih produksi membaik pulih sangat lama dan hampir mustahil. Akan tetapi kehadiran teknologi canggih membantu untuk menghasilkan projek yang bermutu dan efisyen.


Manakala, menurut Marshall McLuhan, Istilah media baru pada umumnya merujuk kepada mereka media digital,yang interaktif, menggabungkan dua komunikasi cara dan melibatkan beberapa bentuk pengkomputeran yang bertentangan dengan " media lama" seperti telefon, radio dan TV. Media lama, di mana kemunculan asal mereka tidak memerlukan teknologi komputer, kini dalam ke kewujudan mereka membuatkan penggunaan teknologi komputer muncul seperti teknologi lain, yang tidak semestinya media komunikasi seperti peti sejuk dan motor kereta. Banyak media baru muncul dengan menggabungkan medium yang lama dengan cip komputer dan hard drive

Pada pendapat saya ringkaskan, media baru adalah perkembangan teknologi komunikasi yang baru, terkini dan canggih. Hal ini kerana kita dapat lihat dari dua perspektif yang berlainan bersetuju bahawa kehadiran technologi penting dalam media baru. Teknologi komunikasi yang bermutu ini menyebabkan satu lagi perkara yang sering disebut iaitu globalisasi. Dengan adanya globalisasi, urusan komunikasi tidak terhad terhadap sesuatu Negara sahaja. Urusan komunikasi ini berkembang kepada seluruh pelusuk dunia. Kita boleh mendapat apa jua maklumat yang kita mahu hanya dengan menekan butang sehingga pada satu tahap kita boleh katakan segala informasi di hujung jari. Dengan itu, hal ini dapat memudahkan kita untuk menyelesaikan segala urusan tanpa ada halangan jarak dan waktu.


 
Contoh Media Baru:


 

  • Internet & web
  • Personal komputer
  • DVDs (Digital Versatile Disc / Digital Video Disc
  • VCDs (Compact Disc)
  • Portable Media Player
  • Mobile Phone
  • Video Games
  • Virtual Reality

Khamis, 3 Mac 2016

Computer Mediated Communication (CMC)

Computer Mediated Communication (CMC) adalah jenis-jenis program aplikasi yang digunakan untuk  berkomunikasi di antara dua individu atau lebih melalui komputer dan tempat yang berbeza. Tambahan pula dengan adanya teknologi yang semakin canggih, telah meningkatkan lagi jurang masyarakat untuk berinteraksi dengan sahabat lama mahupun ahli keluarga yang jauh di mata dekat di hati. Pelbagai jenis teknologi terutamanya telefon pintar(smartphone) semakin banyak digunakan oleh masyarakat sebagai medium untuk berkomunikasi dengan seseorang. Persoalannya, adakah CMC masih lagi dipratikkan atau masih diamalkan lagi dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini terumatanya generasi Y.

Rabu, 2 Mac 2016

Kemajuan teknologi komunikasi membentuk masyarakat bersifat individualistik

Kecanggihan teknologi kini, bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia dalam memudahkan untuk mendapatkan maklumat (teknologi informasi) tetapi turut dimanfaatkan sebagai medium kesinambungan komunikasi terutama dalam hubungan jarak jauh (teknologi komunikasi). Perkembangan dalam dunia teknologi komunikasi dan informasi inilah yang membawa masyarakat ke dunia global secara langsung (exposure) dihubungkan dengan media menjadikan masyarakat berganjak kepada satu fasa baharu iaitu masyarakat informasi (information society). Oleh kerana itu, sesebuah negara yang mengamalkan ‘dasar pintu tertutup’ di anggap sebagai sebuah negara yang tidak maju atau negara yang tertinggal terkebelakang  kerana masyarakatnya tidak dapat mengikuti arus perkembangan dunia teknologi sekaligus menjadi kekangan kepada masyarakat negara tersebut untuk mendapat maklumat secara meluas sebagaimana yang dicapai oleh kelompok masyarakat informasi dari negara-negara yang maju membangun.


Walaupun anjakan paradigma telah berlaku dalam masyarakat dengan menjadikan mereka sebagai masyarakat berinformasi secara globalisasi seiring dengan teknologi komunikasi, tetapi disebalik kemajuan teknologi itu telah membentuk kelompok masyarakat sosial kepada kelompok masyarakat bersifat individualistik. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat bersifat individualistik? Baiklah, saya bawa pembaca kepada bayangan linkungan situasi yang sering berlaku di sekeliling kita.

Jika dilihat pada mata kasarnya, masyarakat kini dipandang sebagai kelompok yang berpengetahuan kerana titik kuasa capaian ilmu berada pada hujung jari mereka tetapi kuasa capaian tersebut jugalah yang telah membina satu benteng diri mereka dengan orang sekeliling. Jadi disini, apa yang ingin saya sampaikan, ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kita melihat pada masa ini tidak kira dimana, masyarakat lebih gemar duduk membisu dengan hanya memberi tumpuan utama pada gadjet canggih yang dimiliki. Dengan adanya gadjet serba canggih tersebut, mereka menganggap bahawa mereka sudah berada pada zon selesa dan sudah cukup bersosial walhal, sosial itu sendiri memerlukan komunikasi secara langsung antara satu sama lain. Dalam erti kata yang mudah, masyarakat sekarang lebih gemar melakukan aktiviti secara perseorangan tanpa mahu terlibat dengan aktiviti sosial secara berkumpulan. Walaupun, mereka berada di keramaian seperti pesta atau berkumpul bagi tujuan mesyuarat, tumpuan utama mereka tetap pada gadjet di tangan kerana ketandusan idea untuk berkomunikasi secara dua muka. Nah, itulah dikatakan titik kuasa yang bukan hanya mampu mencapai kemahuan pencari pengguna, tetapi berkuasa menarik pemikiran pengguna untuk hilang tumpuan pada perkara lain!




Apabila individu lebih selesa dalam zon persendirian, ini secara perlahan ataupun semula jadi (jika dipupuk sejak anak kecil oleh ibu bapa dengan dunia teknologi sebegitu) seterusnya akan mengikis kemahiran komunikasi-sosial individu berkenaan. Impak dari revolusinya teknologi komunikasi ini seringkali mendatangkan satu permasalahan kecil kepada permasalahan besar. Bagaimana ianya boleh berlaku? Secara jelasnya, kita boleh melihat bagaimana golongan seawal usia kanak-kanak sudah dihidangkan dengan gadjet canggih sebagai hadiah permainan mereka. Seterusnya, mereka dibiasakan untuk meluangkan masa dengan gadjet tersebut bermula dengan salam perkenalan dari dunia permainan video berterusan dengan penjelajahan dunia internet yang membawa mereka kepada cara bersosial di laman media baru seperti facebook, wechat, dan twitter contohnya. Kurangnya pergaulan mereka dengan orang sekeliling telah membantutkan proses kemahiran komunikasi dan pergaulan mereka natijahnya, mereka hanya mampu dilihat petah dan mesra atau bijak dilaman sosial tetapi tidak pada personality sebenar diri mereka. Kekurangan inilah yang akan membawa permasalahan besar kepada diri mereka terutama jika keadaan mendesak mereka untuk beraih daripada zon selesa atau persendirian kepada pergaulan secara meluas sama ada ketika melanjutkan pelajaran di university mahupun ketika bekerja. Seterusnya, kekurangan ini juga akhirnya membawa kepada kurangnya rasa yakin terhadap diri sendiri.