Khamis, 24 Mac 2016

Wartawan vs Media Baru

Kewartawanan merupakan suatu bidang yang dilihat dapat menjanjikan suatu cabaran yang besar terutama bagi pengamalnya. Kehadiran lebih banyak media baru yang semakin berkembang dan meningkat jumlahnya dari semasa ke semasa memperlihatkan betapa terancamnya bidang ini. Perkembangan dalam industri ini sedikit sebanyak telah mengubah pandangan dan persepsi masyarakat yang sesetengahnya memandang negatif peranan wartawan. Apabila diperhatikan, bidang kewartawanan ini bukan sekadar menyampaikan maklumat semata-mata malahan menjadi wadah ilmu dalam menggerakkan pemikiran dan tindakan komuniti masyarakat dalam memupuk kemajuan.

Media baru dan wartawan pada hari ini saling tidak bergantung antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak lagi menjadikan wartawan sebagai orang tengah untuk menyampaikan maklumat kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa perana media baru lebih penting berbanding wartawan. Sememangnya dunia kewartawanan sungguh mencabar akibat terlalu banyak kecanggihan teknologi baru seperti internet.
Media baru telah membina kedudukan yang sangat kuat dalam menyampaikan maklumat melalui media yang cepat dan mudah. Selain itu, lebih terbuka dan berkesan kerana lebih bebas berbanding media lama yang masih terkongkong.  Berita daripada kewartawan akhbar telah mengalami penurunan dari edaran naskah bercetak ekoran kewujudan media baru serta pembaca beralih arah kepada berita online. Aliran maklumat menerusi internet sudah semakin berkembang dan mengubah corak  aliran penghantaran dan pengaliran maklumat. Media baru memberi pengaruh yang sangat besar kepada masayarakat untuk mendapatkan maklumat dan isu-isu semasa yang berlaku. 

Justeru itu, gabungan kreativiti dan cetusan pelbagai idea yang baik dalam penulisan mampu membangkitkan emosi dan perasaan yang seterusnya memimpin pembaca untuk bertindak dalam agenda yang dibawanya. Lebih-lebih lagi di dunia serba moden dan canggih ini, wartawan dapat mengutarakan serta mengetengahkan idea mahupun pandangan melalui pelbagai saluran yang lebih dekat dengan audiens. Misalnya, rata-rata masyarakat hari ini lebih gemar mengakses internet untuk mendapatkan maklumat dan berita semasa disebabkan capaian yang lebih mudah, cepat dan berkesan. Ianya menjadi platform bagi wartawan hari ini merebut peluang dan menggunakan ruang yang ada dalam menyampaikan apa sahaja maklumat yang berpotensi mempengaruhi serta mengubah sikap pembaca


Rabu, 23 Mac 2016

Journalist dan Media Baharu

       



Kemajuan teknologi banyak menyumbang kepada wartawan-wartawan tempatan mahupun luar negara untuk membuat laporan berita sama ada secara online mahupun bercetak. Kemajuan teknologi ini menjadikan para penulis berita “journalist”  membuat laporan dengan mudah dan cepat.


Dunia hari ini sedang dilanda “kegilaan” faktor kemunculan teknologi maklumat tanpa mengira fahaman politik, mahupun faktor agama. Konsep globalisasi menjadikan dunia yang dipisahkan oleh lautan dan jarak yang jauh menjadikan manusia seluruh dunia menjadi lebih dekat. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam industri kewartawanan di negara ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan perkembangan teknologi hari ini.


Perkembangan yang paling ketara adalah dapat dilihat dalam profesion ini adalah industri kewartawanan yang mengembangkan sayapnya dengan mewujudkan akhbar dalam talian. Malaysia kini merupakan akhbar dalam talian yang pertama diwujudkan. Sehingga hari ini, bidang kewartawanan menghadapi perkembangan yang pesat. Misalnya dalam pemerintahan dato seri najib, media kini telah masuk era globalisasi yang perlu berhadapan dengan lebih banyak cabaran. Perkembangan media yang berlaku hari ini membuatkan kerajaan lebih bersifat terbuka dalam mengawal akhbar.


  
Namun persoalan yang timbul di benak masyarakat kini adakah sumber berita yang ditulis adalah adakah benar dan sahih akan maklumat yang di tulisnya. Persoalan ini sudah lama timbul kepada semua wartawan penulisan terutama mereka yang menulis berita dalam atas talian ini. Keadaan ini menyukarkan pembaca untuk mentafsir sendiri akan kesahihan berita yang ditulis oleh golongan wartawan bebas ini. Mereka akan menulis apa sahaja yang muncul di benak hati mereka berdasarkan pemerhatian mereka dalam kalangan sosial masa kini. Namun ada yang berpendapat bahawa kadang kala mereka ini boleh di jadikan sebagai pemerhati “watchdog” dalam kalangan masyarakat yang penuh dengan tren masa kini.



Persoalan ini hanya pembaca sahaja dapat mentafsir sendiri akan benar sama ada berita yang di tulis oleh golongan wartawan ini benar atau pun tidak.

Jumaat, 18 Mac 2016

Keseimbangan Dalam Kecangihan Teknologi Dalam Media Massa



Perumpaan bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan” sangat sinonim dengan pengaruh media massa dalam kehidupan manusia.Pengaruh media massa ini mampu mengawal segala aspek tidak kira tua atau muda. Pengunaannya bagaikan tarikan magnet yang sukar untuk dilepaskan terutamanya dalam diri individu tersebut. 

Menurut Harold Lasswell (1948) menyatakan bahawa media merupakan penyediaan pengawasan keadaan sekeliling, korelasi komponen masyarakat berhubung dengan keadaan sekeliling, dan pancaran warisan sosial. Bukan itu sahaja, ianyanya bertindak sebagai mengawal masyarakat, membentuk masyarakat, membantu masyarakat memahami dunia di sekeliling mereka dan bertindak sebagai penggerak sosialisasi.

Hal ini demikian kerana penggunaannya boleh melengkapi segala aspek kemahuan dan kehendak seseorang individu terutamanaya dalam melayari internet. Namun kewujudan media massa ini adakalanya memberi implikasi yang negatif  tanpa kita sedar bahawa kita tidak   tidak mungkin dapat mengasingkan diri daripada pengaruhnya, sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Selain itu, dengan adanya media massa ini sebenarnya dapat memenuhi keperluan manusia kerana ianya adalah alat untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa, sukan, pendidikan, kesihatan, dan hiburan untuk semua.


Oleh itu, penubuhan pusat internet 1 malaysia bagaikan “pucuk dicita ulam mendatang” terutamanya dalam masyarakat yang berada di luar Bandar. sehubungan itu,dengan adanya   kemudahan yang disediakan masyarakat kampung  dapat menikmati kemudahan yang di sediakan dan dapat memanfaatkannya untuk pelbagai keperluan. Bukan itu sahaja, yuran yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding penggunaan di luar malah pusat internet ini. Selain itu juga,mereka turut menawarkan pelbagai kursus kepada masyarakat kampung agar mereka dapat mengetahui dan mempelajarinya untuk kegunaan mereka pada masa akan datang.

Kesimpulannya, kemajuan teknologi kini haruslah digunakan dengan sebaiknya agar kita sentiasa mendapat manfaat dan dapat melahirkan modal insan yang berjaya.

Rujukan 
 
Mus Chairil Samani, Jamilah Maliki & Norazimah Abd Rashid . (2011). 
Literasi Media: Ke Arah Melahirkan Pengguna Media Berpengetahuan.  Jurnal Pengajian Media Malaysia, Vol. 13(2) , 41-64.



Rabu, 16 Mac 2016

Impak Kepelbagaian Penggunaan Media Baru dalam Kehidupan Seharian


Penggunaan internet pada masa kini telah mencapai tahap penggunaan secara meluas. Penggunaan internet meluas di setiap pelusuk dunia seperti Afrika, Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara, Amera Latin dan Australia. Jelas menunjukkan bahawa penggunaan internet pada masa sekarang amat penting.



Media baru turut mengetengahkan perubahan dari aspek gaya kehidupan. Seperti penggunaan pengeluaran industri dan ekonomi. Berbanding dengan zaman sebelum wujudnya perkembangan internet, pengguna lebih selesa membeli belah dengan meninjau sendiri barangan tersebut dengan lebih dekat seperti pakaian, aksesori, barangan kosmetik dan barang keperluan yang lain. Namun dengan adanya perkembangan internet, telah memudahkan lagi ekonomi dari aspek jual beli barangan dengan hanya berurusan di talian sahaja. Secara tidak langsung, ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa pembeli tanpa perlu mencari masa terluang untuk membuat sebarang pembelian dan juga dapat mengelakkan kesesakan di dalam pusat membeli belah. Contoh lain seperti pembelian tiket kapal terbang atas talian menjadi lebih mudah kepada pembeli kerana mereka mampu mengurus masa dengan bijak dengan penerbangan yang dipilih dari semasa ke semasa.


Selain menjamu hidangan sarapan pagi pada waktu pagi, kebiasaanya surat khabar menjadi bahan rutin yang perlu bagi mengetahui perkembangan semasa. Walaubagaimanapun, dengan adanya perkembangan internet seperti media baru pada zaman sekarang, pengguna mudah menerima informasi dengan pantas dengan hanya di hujung jari sahaja di mana sahaja berada. Selain itu, dengan adanya media seperti news online atau media sosial  pengguna mampu mengetahui berita terkini dengan pantas tanpa menunggu surat khabar pada keesokan harinya atau menunggu siaran televisyen. Namun, dengan perkembangan tersebut juga telah mengurangkan amalan membaca kepingan suratkhabar kerana hanya bergantung dengan berita yang dipaparkan di news online atau di media social. Ini juga turut mengurangkan nilai menghargai dan membaca keratan ilmiah kerana hanya bergantung kepada gajet sahaja.



Secara kesimpulannya, perkembangan internet dan serta pengenalan dan penggunaan media baru memberi impak kepada rutin seharian pengguna secara langsung dan tidak langsung. Bergantung dengan cara penggunaan dan nilai pemahaman seseorang terhadap penggunaan media tersebut.

Khamis, 10 Mac 2016

Media Baru: Apakah Anda Selamat?

Pada masa sekarang, teknologi komunikasi semakin pesat berkembang dan juga canggih. Dengan adanya internet, media menjadi lebih maju berbanding dengan media sebelumnya.

Media baru mendatangkan pelbagai manfaat kepada setiap pengguna tidak kira muda atau tua dan jauh atau dekat. Media baru memudahkan lagi interaksi manusia jika dibandingkan dengan media yang lama kerana didatangkan dengan pelbagai aplikasi-aplikasi yang menarik, pantas dan juga efektif. 

Masyarakat pada masa sekarang lebih tertumpu kepada media baru berbanding dengan media lama. Dengan kebolehan media baru, telah memberikan peluang untuk setiap individu mengekspresikan diri tanpa sempadan menjadikan mereka seronok menikmati kemudahan tersebut. 

Namun, masyarakat lupa bahawa dengan semakin canggihnya teknologi komunikasi pada masa kini mampu menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman atau bahaya tanpa disedari. Ruang privasi individu juga mampu tergugat sekiranya mereka tanpa kawalan menggunakan aplikasi di media baru.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menangani masalah yang disebabkan oleh media baru? Apakah pengguna tahu bahawa semakin mereka aktif bersama media baru semakin mereka terdedah kepada dunia luar? Apakah individu pada masa sekarang mempunyai privasi mereka yang tersendiri? 

Persoalan berikut bukanlah hanya menyatakan keburukan mengenai media baru, namun ianya hanyalah sekadar peringatan bahawa setiap perkara yang dilakukan mempunyai risikonya ynag tersendiri, baik buruk itu semunya terpulang kepada individu itu sendiri dalam menggunakan atau memanfaatkan aplikasi media baru. Bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna'. Janganlah sudah terhantuk baru tergadah, sudah menjadi 'mangsa' media baru, barulah nak tersedar. Sekiranya begitu, maka sudah terlambatlah jadinya.

Rabu, 9 Mac 2016

Apa yang dimaksudkan dengan Media Baru?


 

Pada alaf 21 catchall telah menggunakan istilah media baru untuk menentukan  semua yang berkaitan dengan internet dan kaitan antara teknologi, imej dan bunyi. Malah definisi media baru ditukar setiap hari dan akan berterusan. Media baru berkembang dan berubah secara berterusan.

Media secara umunya adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi kepada penerima informasi.Kebanyakan teknologi digambarkan sebagai " media baru" adalah digital , sering mempunyai ciri-ciri yang dimanipulasi, networkable , padat, mampat, dan interaktif. Beberapa contoh boleh menjadi Internet, laman web, multimedia komputer , permainan komputer , CD -ROM , dan DVD.


Istilah media baru sekarang sangat lari dari definisi sebenar kerana dikatakan media baru adalah satu medium untuk menguruskan teknologi, kemahiran, dan proses yang berubah dengan pantas dan amat mustahil untuk menentukan alat-alat dan proses yang terlibat. Sebagai contoh, telefon bimbit pada lewat tahun 1980-an boleh dianggap sebagai sebahagian daripada media baru, manakala hari ini istilah mungkin hanya untuk pemilihan tertentu kepada sesuatu jenis telefon dengan sistem aplikasi tertentu, atau lebih biasa, kandungan yang terdapat dalam aplikasi.




Media Baru juga boleh dirujuk sebagai sekumpulan technologi yang melahirkan wadah interaksi kepada pengguna. Merujuk kepada Socha dan Eber-schmid (2012) dalam artikel mereka “Defining new media isn’t easy”, media baru tidak termasuk televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang membenarkan interaksi kepada pengguna. Mengikut pendapat saya, hal ini memang benar kerana pengguna akan lebih tertarik untuk mengunakan komunikasi jenis ini kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk mengeluarkan pendapat mereka.


Dalam perspektif yang lain, Lister, Dovey, Giddings, Grant, and Kelly (2009) mendefinisikan media baru dalam cara yang unik. Pada mereka, media baru merujuk kepada perubahan skala besar dalam media produksi, penyebaran dan penggunaan. Ini bermaksud melalui media baru, tahap efisyen terhadap sesuatu perkara dalam media produksi, penyebaran dan pengunaan akan bertambah bermutu. Kita boleh ambil contoh sekumpulan artis seni yang dikenali sebagai “Factum-Arte” yang mana pekerjaan mereka ialah membaik pulih seni lama seperti monument dan arca terdahulu. Proses membaik pulih arca ini mengambil masa yang sangat lama. Akan tetapi melalui media baru, pelbagai jenis teknologi seperti komputer super dapat membantu mereka menjalani proses membaik pulih dengan cepat. Hal ini menyebabkan satu perubahan besar dimana sebelum adanya komputer canggih produksi membaik pulih sangat lama dan hampir mustahil. Akan tetapi kehadiran teknologi canggih membantu untuk menghasilkan projek yang bermutu dan efisyen.


Manakala, menurut Marshall McLuhan, Istilah media baru pada umumnya merujuk kepada mereka media digital,yang interaktif, menggabungkan dua komunikasi cara dan melibatkan beberapa bentuk pengkomputeran yang bertentangan dengan " media lama" seperti telefon, radio dan TV. Media lama, di mana kemunculan asal mereka tidak memerlukan teknologi komputer, kini dalam ke kewujudan mereka membuatkan penggunaan teknologi komputer muncul seperti teknologi lain, yang tidak semestinya media komunikasi seperti peti sejuk dan motor kereta. Banyak media baru muncul dengan menggabungkan medium yang lama dengan cip komputer dan hard drive

Pada pendapat saya ringkaskan, media baru adalah perkembangan teknologi komunikasi yang baru, terkini dan canggih. Hal ini kerana kita dapat lihat dari dua perspektif yang berlainan bersetuju bahawa kehadiran technologi penting dalam media baru. Teknologi komunikasi yang bermutu ini menyebabkan satu lagi perkara yang sering disebut iaitu globalisasi. Dengan adanya globalisasi, urusan komunikasi tidak terhad terhadap sesuatu Negara sahaja. Urusan komunikasi ini berkembang kepada seluruh pelusuk dunia. Kita boleh mendapat apa jua maklumat yang kita mahu hanya dengan menekan butang sehingga pada satu tahap kita boleh katakan segala informasi di hujung jari. Dengan itu, hal ini dapat memudahkan kita untuk menyelesaikan segala urusan tanpa ada halangan jarak dan waktu.


 
Contoh Media Baru:


 

  • Internet & web
  • Personal komputer
  • DVDs (Digital Versatile Disc / Digital Video Disc
  • VCDs (Compact Disc)
  • Portable Media Player
  • Mobile Phone
  • Video Games
  • Virtual Reality