Apa itu identiti? Apakah hubung kait media baru dengan identiti seseorang? Secara umumnya, cara pemikiran tentang diri kita dan peranan kita dalam persekitaran sosial yang besar boleh menunjukkan identiti diri kita yang sebenar. Identiti boleh menjadi lambang kepada seseorang sama ada melalui identiti peribadi mahupun peribadi sosial. Pada alaf 21 ini, identiti boleh dilihat melalui sudut pandangan yang berbeza iaitu identiti boleh dilihat melalui kehidupan realiti dan kehidupan maya individu tersebut. Identiti secara maya dilihat lebih dominan kerana terdapat perbezaan corak penggunaan media baru secara atas talian.
Sejak
tahun 1980-an, industri media telah berkembang dengan pesat di negara kita,
Malaysia. Perkembangan ini selaras
dengan dasar liberalisasi kerajaan terhadap media cetak, dasar penswastaan
kerajaan terhadap media penyiaran serta galakan kerajaan terhadap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian masyarakat. Perkembangan media yang wujud di negara
Malaysia telah menghasilkan media baharu seperti laman sosial Facebook,
Twitter, Instagram, WhatsApp, Wechat, Youtube, dan lain-lain lagi.
Dewasa
ini, penggunaan media baru telah mewujudkan peranannya dalam membentuk identiti seseorang secara atas talian. Hal ini
demikian kerana corak penggunaan media baru secara atas talian bagi seseorang
adalah berbeza. Sebagai contoh, pengguna
perlu meletakkan nama mereka di laman sosial Facebook agar boleh dikenali oleh
kenalan-kenalan yang lain. Dalam konteks
ini, terdapat individu yang menggunakan nama sebenar mahupun mencipta nama yang
berlainan dan nama tersebut telah
mewakili identiti peribadi kita. Sesetengah
individu yang menggunakan nama sebenar di laman sosial Facebook mempunyai sebab
yang tersendiri kerana ingin mudah dikenali oleh kenalan-kenalan mereka. Bagi individu yang menggunakan nama yang lain
(bukan nama sebanar), mungkin mereka lebih selesa dengan identiti tersebut.
Selain itu, setiap manusia mempunyai identiti
yang berbeza dan sudah semestinya sudut pandangan ataupun pendapat bagi setiap
isu adalah berbeza. Kepelbagaian identiti
di laman sosial Facebook atau Twitter telah melahirkan pelbagai pandangan yang
berbeza sekiranya terdapat pelbagai isu yang menjadi viral. Pengguna menggunakan media baru untuk
menyuarakan pendapat mereka namun tidak kurang terdapat juga yang mempunyai
pendapat yang bercanggah antara satu sama lain.
Sebagai contoh, isu-isu politik seperti isu 1MDB dan RM 2.6 Billion yang
ternyata menjadi isu hangat dan menjadi viral di media baru. Maka, timbullah pendapat yang berbeza
berkenaan isu tersebut kerana fahaman politik yang berbeza oleh setiap
individu.
Sesungguhnya,
media baru mempunyai potensi dalam membentuk identiti seseorang. Melalui media baru juga membolehkan seseorang
untuk mengekspresikan buah fikiran mereka.
Namun begitu, haruslah diingat bahawa identiti sentiasa berubah dan
identiti yang dilihat secara maya tidak semestinya sama dengan identiti
kehidupan realiti.








